Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan hutan Ulu Muda

    SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan hutan Ulu Muda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas terkena tembakan sewaktu operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, dekat Sik.

    Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas kira-kira 10 pagi semalam.

    “Siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada IPD Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, pada pukul 12 tengah hari, 27 Februari lepas.

    “Mereka bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

    Gambar hiasan, Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah.

    Menurutnya kira-kira pukul 3 petang kelmarin, mangsa bersama dua orang awam bergerak ke kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.

    “Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang, mereka didapati belum pulang ke tempat penginapan yang terletak di kompartmen 103.

    “Seterusnya usaha mencari mereka telah dijalankan oleh anggota pasukan yang lain namun hanya menjumpai kenderaan yang digunakan di persimpangan di antara kompartmen 124 dan 125,” katanya.

    Abdull Razak berkata pada 5 pagi tadi, mangsa telah dibawa balik ke kompartmen 103.

    Peta hutan simpan Ulu Muda.

    “Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa dan dua orang awam dipercayai tersesat akibat cuaca gelap dan bunyi letupan kedengaran pada pukul 2 pagi tadi dan dipercayai mengenai mangsa pada bahagian hadapan.

    “Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

    ALSO READ:  MP Bersatu tak hadir sidang parlimen lepas umum sokong Anwar

    Beliau berkata susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun, yang merupakan orang awam yang pergi bersama mangsa, ditahan bagi membantu siasatan.

    “Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca tembakan yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,269FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts