Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Scammer’ menyamar pegawai Pusat Respons Scam, RM1.4 juta hangus

    ‘Scammer’ menyamar pegawai Pusat Respons Scam, RM1.4 juta hangus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas pensyarah mengalami kerugian lebih RM1.4 juta setelah menjadi mangsa sindiket penipuan kewangan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengatakan kejadian tersebut berlaku di Kajang, Selangor pada awal bulan ini dan ia merupakan kerugian tertinggi yang direkodkan bagi kes penyamaran sebagai pegawai NSRC.

    Beliau berkata mangsa seorang wanita berumur 61 tahun diarahkan untuk mengikut segala arahan diberikan sehingga membuat pindahan wang ke akaun yang ditetapkan.

    “Dalam kes-kes ini, mangsa akan menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai dari NSRC. ‘Pegawai’ tersebut kemudiannya memaklumkan pihak NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat aduan bahawa nombor telefon itu telah menghantar pautan haram serta mesej penipuan.

    “Untuk tujuan siasatan, panggilan kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata komunikasi NSRC adalah berbentuk komunikasi sehala sahaja, ia tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu dan sebarang panggilan yang mengaku dari pihak NSRC adalah satu penipuan.

    Sementara itu, Ramli memaklumkan sejak 1 Jan hingga 11 Feb tahun ini, sebanyak 18 kertas siasatan dibuka berkaitan kes penyamaran sebagai pegawai NSRC melibatkan nilai kerugian RM1,490,582.79.

    “Bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Polis Diraja Malaysi (PDRM) menggesa mangsa-mangsa yang terlibat untuk segera menghubungi NSRC di talian 997 bagi melaporkan insiden yang berlaku.

    “Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang telah dipindahkan lebih tinggi,” katanya.

    ALSO READ:  Akaun YAB disita, kontraktor bina masjid tak dibayar 3 bulan - Saksi

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts