Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Segera luluskan pindaan perlembagaan Bersatu langkah terpuji PMX’

    ‘Segera luluskan pindaan perlembagaan Bersatu langkah terpuji PMX’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim mengucapkan tahniah kepada Bersatu selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan perlembagaan partinya itu.

    Malah menurutnya kelulusan oleh ROS dalam tempoh yang singkat itu membuktikan langkah terpuji kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Tahniah kepada Bersatu kerana berjaya mendapat kelulusan ROS dalam waktu amat singkat dan ini adalah satu lagi bukti langkah terpuji PMX dan kerajaan madani yang tidak menggunakan kuasa politik serta tidak menggangu-gugat pengurusan agensi atau kementeriannya.

    “Saya telah membaca perlembagaan Bersatu yang diluluskan pindaan oleh ROS bertarikh 1 April lalu.

    “Saya tak menganggap ini sebagai ‘April Fool’s day’ kerana setiap parti ada hak masing-masing untuk menggubal dan meminda perlembagaan mengikut keperluan semasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    Bagaimanapun Mohd Azizi menegaskan dia meletakkan keyakinan kedudukannya sebagai wakil rakyat di kerusi itu tidak terbatal.

    Mengulas perkara berkenaan, katanya, keputusan untuk menyokong kepimpinan Anwar dibuat pada tahun lalu, sedangkan pindaan perlembagaan yang diluluskan itu berkuatkuasa 1 April.

    “Tetapi saya akan merujuk kepada speaker untuk tindakan susulan selain mengadakan perbincangan dengan lima ahli Parlimen lain dari Bersatu yang turut menyokong kerajaan perpaduan.

    “Saya sudah membaca satu persatu kandungan dalam perlembagaan yang diluluskan oleh ROS berkuat kuasa 1 April tahun ini.

    “Kami lihat tiada kaitan dengan tindakan kami tahun lalu, melihat kepada fasal itu tiada perubahan pun kecuali satu seksyen mengatakan keahlian boleh terbatal sekiranya mana-mana ahli menyokong kerajaan selain daripada parti kita sendiri, namun ia berkuat kuasa 1 April,” katanya.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan ROS meluluskan usul pindaan perlembagaan Bersatu kerana ia memenuhi kehendak mengikut Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

    ALSO READ:  Operasi Starlink di Malaysia selaras kerangka antarabangsa - MCMC

    Ketua Pengarah ROS Mohd Zulfikar Ahmad berkata pindaan peruntukan dilaksanakan parti itu juga, dibuat mengikut perlembagaannya.

    Susulan kelulusan pindaan perlembagaan itu, Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, berkata langkah seterus Bersatu adalah mengosongkan enam kerusi parlimen supaya pilihan raya kecil (PRK) dapat diadakan.

    “ROS telah lulus permohonan pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang telah menyokong Anwar.

    “Langkah seterusnya mengosongkan kerusi-kerusi mereka ini untuk PRK peringkat Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

    Sementara itu Mohd Azizi menegaskan sehingga kini dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk keluar daripada Bersatu

    “Saya masih sayangkan parti Bersatu dan tidak pernah berniat untuk keluar. Sebaliknya saya hanya menyokong kerajaan yang memerintah sekarang,” katanya.

    Tambahnya, sekiranya Bersatu mahu mengadakan PRK, ia bukan perkara mudah untuk mengekalkan kerusi sedia ada terutama di Parlimen Gua Musang.

    “Di Gua Musang, kita sendiri akui kekuatan parti lawan kita macam mana, daripada hilang (kerusi) kenapa kita perlu mencuba melakukan sesuatu diluar jangka,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts