Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSegerakan projek selenggara kemudahan di pintu masuk negara - PM

    Segerakan projek selenggara kemudahan di pintu masuk negara – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri ingin semua projek penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan di pintu masuk negara termasuk lapangan terbang dan pelabuhan dipercepatkan bagi menampung peningkatan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

    Anwar Ibrahim menyatakan kemudahan tersebut perlu efisien dan perlu diperbaiki bagi mengelak kesesakan di beberapa lapangan terbang termasuk di Tawau, Sabah dan Pulau Pinang.

    Pada masa yang sama, katanya penambahbaikan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga perlu diselesaikan dengan cepat.

    “Bukan sahaja (lapangan terbang) di Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Alor Setar (Kedah) dan Kota Bharu (Kelantan), sampai ke Tawau (Sabah)..

    “Seperti yang kita tahu, lapangan terbang di Tawau itu kecil, tidak dirancang untuk menerima pelancong dari luar negara. Kita perlu tarik pelancong dari luar negara, jadi tidak boleh diselesaikan atau dibaiki lapangan terbang dalam tempoh tiga atau empat tahun, tidak boleh,” katanya.

    Anwar menyatakan demikian semasa merasmikan sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing dan timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa ketua-ketua pengarah yang berkaitan perlu merujuk kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi mempercepat arahan tersebut.

    “Oleh sebab itu, saya minta semua ini dipercepatkan dan saya meminta Anthony (Menteri Pengangkutan Anthony Loke) untuk mempercepatkan perkara seperti itu.. lapangan terbang Tawau, Pulau Pinang yang sudah sesak, untuk memudahkan.

    “Contohnya, KLIA sudah menghadapi tekanan kerana jumlah pelancong yang sangat tinggi,” katanya.

    Perdana Menteri menjelaskan bahawa proses untuk mempercepatkan projek-projek tersebut mesti mematuhi prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelakkan amalan lama.

    ALSO READ:  Mungkin jawatan dicabar, Mat Sabu: Kita rileks sajalah...

    Selain itu, Anwar menyatakan kerjasama di antara kementerian dan agensi perlu diperhebatkan bagi memastikan industri pelancongan negara kekal bersaing dan berkembang, merangkumi pelbagai elemen yang saling berkaitan, termasuk perkhidmatan, keselamatan, kemudahan dan daya tarikan.

    Beliau juga ingin promosi produk tempatan, kraf tangan, batik dan songket diperluaskan.

    “Saya ucap tahniah kepada Kementerian Pelancongan kerana memikirkan perkara ini (promosi) iaitu produk yang dihasilkan di Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Setiap Negeri merasa memiliki perananannya.

    “Perancangan dari industri ini harus meluas agar tidak ada pihak yang terpinggir. Ini penting, kraf tangan dapat meningkatkan martabat hidup rakyat miskin,” katanya.

    Di majlis tersebut, Anwar juga menyampaikan Anugerah Tokoh Kraf Negara 2024 kepada Bangie Embol yang banyak menghasilkan kraf tekstil tenunan pua.

    Anugerah itu merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia melalui kelulusan jemaah Menteri pada 1996.

    HKK bermula pada 21 Februari lalu dan berakhir pada 4 Mac untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf terhadap pembangunan industri kraf negara.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts