Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima ancaman bom'

    ‘Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima ancaman bom’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak sekolah dan ibu bapa di Negeri ini dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik sekiranya menerima e-mel yang menyatakan terdapat ancaman bom di sekolah, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

    Beliau berkata sebaliknya mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.

    “Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan memandang serius terhadap ancaman bom dan tindakan segera akan dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat dan ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak-anak,” katanya dalam satu kenyataan di Seremban hari ini.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam.

    Terdahulu, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya menerima tiga laporan mengenai ancaman bom palsu yang menyatakan ia ditanam di tiga sekolah swasta iaitu masing-masing satu di Seremban dan Port Dickson hari ini manakala satu lagi di Rembau semalam.

    Beliau berkata susulan itu pasukan unit pemusnah bom Kontinjen Negeri Sembilan ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut sebaik menerima laporan mengenai e-mel berkenaan.

    Katanya, polis dengan kerjasama bomba serta pihak sekolah segera mengambil tindakan awal mengosongkan premis dan siasatan awal tidak menemukan sebarang bom yang tertanam di ketiga-tiga sekolah yang dinyatakan dalam e-mel terbabit.

    “E-mel tersebut adalah satu berita palsu yang mahu mendatangkan kegusaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) kerana melakukan ancaman atau ugutan jenayah,” katanya.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini dilaporkan berkata PDRM menerima 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di sekolah di seluruh negara setakat 2 petang tadi dengan Selangor 15 laporan, Kuala Lumpur (enam), Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu).

    ALSO READ:  Operasi percubaan koc wanita MRT laluan Kajang mula hujung bulan ini

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts