Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSekolah vernakular lambang toleransi kepimpinan terdahulu - Asyraf

    Sekolah vernakular lambang toleransi kepimpinan terdahulu – Asyraf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekolah vernakular lambang toleransi dan persefahaman kepimpinan negara terdahulu walaupun terdapat dakwaan ia menjadi hambatan pembinaan negara bangsa, kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

    Semua pihak, pinta Asyraf perlu kembali kepada sejarah pembinaan Malaysia yang penuh dengan toleransi antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    Katanya, Malaysia mengambil pendekatan integrasi berbanding Thailand, Singapura dan Indonesia dengan dasar asimilasi yang menghapuskan sekolah vernakular.

    “Setiap bangsa, setiap kaum, ada kehendak dan kepentingan mereka. Cina misalanya amat mementingkan soal bahasa, budaya dan juga pendidikan.

    “Maka mereka mahu mengekalkan identiti sekolah Cina mereka, ini dikompromikan dalam konteks Penyata Razak dan dasar pendidikan negara,” kata Asyraf pada wawancara bersama Malaysiakini.

    Penyata Razak merujuk laporan jawatankuasa pada 1956 diketuai oleh Menteri pelajaran ketika itu Abdul Razak Hussein yang bertujuan membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa.

    Ia juga mensasarkan matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain.

    Antara cadangan dalam Penyata Razak Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Bagi sekolah jenis kebangsaan pula, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

    Oleh demikian, Asyraf mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mempersoalkan agenda bumiputera kerana ia akan menimbulkan tindak balas yang mencetus kepada sensitivi kaum lain di negara ini, termasuk sistem pendidikan sekolah vernakular.

    Katanya, jika sekolah vernakular merupakan isu sensitif kepada kaum bukan bumiputera, maka sensitiviti masyarakat bumiputera juga perlu dihormati demi kestabilan negara.

    “Itu saya katakan, kalau kita nak membuka perdebatan ini maka jangan salahkan bagi mereka yang mempersoalkan pula berkenaan ekonomi bumiputera dan mereka yang mempersoalkan berkenaan sekolah vernakular.

    “Macam saya katakan tadi toleransi dalam memahami landskap negara itu penting, sejarah legasinya dan kita mesti ada acuan kita sendiri bagaimana nak merangka nilai ke Malaysia an itu dan dalam konteks inilah formula yang kita lakukan,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Rumah tak siap: Pembeli kecewa tuntut pemaju tunai janji

    Pada 9 Mac lalu, Pemuda Umno menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang kini merangkumi lebih 1,800 sekolah jenis kebangsaan.

    Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh berkata penilaian itu perlu dilakukan dalam aspek keselarasan sukatan pelajaran, penerapan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Katanya, kajian menyeluruh berhubung ruang dan peluang penambahbaikkan ekosistem pendidikan kebangsaan juga perlu dilakukan bagi memberi insentif dan tarikan kepada penyertaan murid berbilang bangsa.

    “Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan ini mencadangkan agar dihidupkan kembali suatu ruang dialog nasional bagi Malaysia meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara dalam erti kata yang sebenar-benarnya,” kata Akmal.

    Kenyataan Akmal itu mengundang bantahan beberapa pemimpin DAP yang kurang senang dengan cadangan Adun Merlimau itu.

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kemudiannya menegaskan bahawa sekolah vernakular di negara ini tidak akan ditutup.

    Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendirian tegas untuk menghormati Akta Pendidikan 1996 yang mengiktiraf kedudukan sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular di negara ini.

    Dalam pada itu Asyraf mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan hak kaum bumiputera yang telah dijamin perlembagaan.

    Begitu juga bumiputera tidak perlu menyentuh perkara yang berkait dengan sensitiviti masyarakat bukan bumiputera, katanya.

    “Kelompok-kelompok fersebut contohnya jangan sekali meremehkan dan melihat agenda pemerkesanaan bumiputera misalnya sebagai agenda yang bersifat rasis kerana akan Ada reaksi balas yang akan melihat (sekolah) vernakular itu sistem yang rasis.

    “Tapi, kalau kita lihat dalam faktor toleransi dan nilai sejarah yang panjang, legasi yang masih ada dengan ramuan kita membentuk integrasi negara bangsa berteraskan nilai kemanusiaan, itu sifatnya yang toleransi, maka kita harus hormat sensitiviti yang ada dan terima seadanya,” katanya lagi.

    ALSO READ:  ‘Saya tidak akan layan permintaan yang gugat kestabilan negara’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts