Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSekolah vernakular: MIC harap semua pihak hormat keputusan mahkamah

    Sekolah vernakular: MIC harap semua pihak hormat keputusan mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    MIC menyeru semua pihak agar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan tiga lagi NGO yang memohon sekolah vernakular diisytihar sebagai tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

    Pengerusi jawatankuasa pendidikan MIC Nelson Renganathan berkata dengan keputusan itu, diharapkan tiada lagi pihak yang mempersoalkan keabsahan sekolah vernakular di Malaysia dari segi undang-undang.

    “Saya harap semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah sangat jelas bahawa Sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil akan terus beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

    “Maka, kami MIC akan melihat serius jika masih ada ingin atau membuat kenyataan menutup sekolah vernakular di negara ini.

    “MIC juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus mencabar kewujudan sekolah vernakular di negara ini,” katanya kepada Malaysiakini.

    Renganathan yang juga ahli Dewan Negara mengulas keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang sebulat suara menolak rayuan mencabar kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, semalam.

    Panel hakim yang dipengerusikan oleh Supang Lian menegaskan para penggubal Perlembagaan Persekutuan telah berhasrat bahawa sekolah vernakular akan terus beroperasi dengan sah di sisi undang-undang selepas merdeka pada 1957.

    Selain Mappim, tiga lagi pihak yang membuat rayuan adalah Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru), dengan menamakan kerajaan dan 13 lagi pihak sebagai defendan.

    Antara defendan ialah empat parti politik iaitu MIC, MCA, Gerakan dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia serta NGO Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thirunaal (Perak).

    Pada Disember 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kumpulan berkenaan yang mahu mahkamah mengisytiharkan kewujudan sekolah vernakular sebagai tidak mengikut perlembagaan.

    ALSO READ:  Two individuals from Seremban accused of scamming man in Covid-19 test scam.

    Susulan itu, mereka mengemukan rayuan ke Mahkamah Rayuan yang membawa kepada keputusan semalam.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts