Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang

    Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

    Jurucakap pejabat itu, Salama Marouf pada Selasa berkata seramai 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak, 2,719 wanita dan 631 warga emas terbunuh sejak konflik terbaharu tercetus.

    Marouf berkata hampir 26,000 penduduk Palestin cedera manakala lebih 3,000 orang hilang, lapor Agensi Anadolu.

    Beliau berkata jumlah kematian termasuk 1,021 penduduk di Bandaraya Gaza dan utara Semenanjung Gaza yang dipindahkan ke kawasan yang didakwa Israel sebagai selamat di selatan Semenanjung Gaza selain 49 wartawan.

    Menurut beliau seramai 192 kakitangan perubatan dan kesihatan terbunuh, 40 ambulans musnah selain 113 institusi kesihatan rosak teruk manakala 18 hospital dan 40 pusat kesihatan tidak lagi berfungsi.

    Marouf menegaskan Israel melakukan sebanyak 1,071 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin…sementara 1.5 juta penduduk hilang tempat tempat tinggal.

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts