Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelain Melaka, PAS yakin dapat dapat kuasai Negeri lain pada PRU16

    Selain Melaka, PAS yakin dapat dapat kuasai Negeri lain pada PRU16

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS yakin parti itu akan dapat menambah lagi bilangan Negeri yang akan dikuasai mereka termasuk Melaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata, ini berdasarkan sokongan yang ditunjukkan rakyat ketika ini.

    Tegasnya, sokongan orang Melayu kepada PAS masih utuh selain sokongan pengundi Cina juga semakin meningkat.

    “Kalau kita lihat perkembangan hari ini, kita dapati sokongan terhadap PAS bukan menurun, tak seperti parti lain. Ahli semakin bertambah, ahli baru sentiasa ada setiap bulan.

    “Suasana ketenangan yang wujud dalam parti, kestabilan parti menambah lagi minat ahli baru dan kalau kita boleh pertahankan keadaan ini tidak mustahil apa yang dihasratkan pimpinan PAS di Melaka (tercapai),” katanya kepada Malaysiakini.

    Semalam, PAS Melaka melahirkan keyakinan untuk mentadbir Negeri itu selepas PRU akan datang jika ahli parti terbabit mengambil pendekatan tertentu.

    Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail berkata, ketika ini terdapat lebih 23,000 orang ahli yang boleh digerakkan bagi menarik sokongan ramai.

    Mengulas lanjut Hashim berkata PRU15 lalu turut menyaksikan kejutan apabila PAS turut mendapat sokongan pengundi bukan Melayu di kawasan bandar.

    “Banyak petunjuk PRU menunjukkan pertambahan sokongan pengundi bukan Melayu meningkat dari masa ke masa.

    “Sebagai contoh kita tak pernah terfikir Alor Setar boleh (jatuh) kepada PAS. Rakyat sedang menilai tentang kestabilan politik bagi sebuah parti dalam suasana sekarang,” katanya lagi.

    Pada PRU lalu, PAS memenangi 43 kerusi parlimen dan menguasai empat Negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menerusi Perikatan Nasional (PN).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts