Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelangor akan lancar kempen keselamatan kanak-kanak

    Selangor akan lancar kempen keselamatan kanak-kanak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selangor bercadang melancarkan kempen meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak bagi mengelak kematian kanak-kanak akibat isu sama yang berulang.

    Ahli Exco Selangor Anfaal Sari meminta bantuan pemain industri dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk Kempen Keluarga Selamat Selangor, yang akan dilancarkan secepat mungkin.

    “InsyaAllah di peringkat Kerajaan Negeri Selangor, kita akan sesegera mungkin laksanakan Kempen Keluarga Selamat Selangor bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan anggota masyarakat tentang keselamatan kanak-kanak,” katanya dalam catatan Facebook.

    Anfaal mengulas laporan media pagi ini mengenai kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang ditemui pada Selasa (30 Jan) dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya.

    “Saya ingin sampaikan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak berkenaan. Sebagai seorang ibu, saya amat dukacita membaca berita ini.

    “Kes ini memberi amaran ‘red flag’ kepada kita terutama kepada saya sebagai pembuat dasar kerana isu yang sama telah berlaku berulang kali,” katanya.

    Pada penghujung tahun lalu, dilaporkan seorang ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, yang meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta pada bulan sebelumnya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan cuai.

    Sementara itu, Anfaal menyatakan pendapatnya bahawa penggunaan inovasi teknologi pintar dapat membantu dalam menangani isu tersebut.

    “Kita perlukan syarikat pemula yang boleh membangunkan aplikasi dan perananti yang membolehkan ibu bapa memantau atau menerima amaran keberadaan kanak-kanak secara digital dan fizikal seperti dalam kenderaan atau di pusat jagaan,” tambah Adun Taman Templer itu.

    Dia juga mendedahkan bahawa kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjalankan kempen kesedaran keselamatan digital kanak-kanak.

    ALSO READ:  Polis mohon saksi kemalangan maut tampil bantu siasatan

    “Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan LPPKN Selangor untuk laksanakan kempen kesedaran keselamatan digital kanak-kanak memandangkan kanak-kanak sangat terdedah kepada bahaya internet dan media sosial seperti antun seksual (sexual grooming),” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts