Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelangor lulus hampir 250,000 rumah mampu milik sejak 2014

    Selangor lulus hampir 250,000 rumah mampu milik sejak 2014

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Selangor telah meluluskan pembangunan sebanyak 245,371 unit kediaman sejak tahun 2014 melalui Dasar Perumahan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku).

    Menteri Besar, Amirudin Shari menyatakan bahawa daripada jumlah itu, 57,185 unit kediaman telah dibangunkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta pemaju perumahan daripada anak syarikat Kerajaan Negeri dan swasta.

    “Daripada jumlah tersebut, sebanyak 35,606 unit telah diserahkan kunci kepada pembeli manakala 21,579 unit sedang dalam proses pembinaan.

    “Sementara 188,186 unit lagi masih dalam proses peranancangan di pelbagai peringkat untuk memperoleh kelulusan pembangunan oleh jabatan dan agensi teknikal di peringkat Kerajaan Negeri dan Tempatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024, seperti yang dilaporkan oleh portal Selangorku.

    Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Negeri juga akan melancarkan mekanisme kediaman Kita Selangor dalam masa terdekat yang akan merangkumi fasiliti dan pembiayaan khusus untuk rakyat Negeri ini.

    “Dalam Tawaran Kita Selangor oleh Gabungan Perpaduan, kami berjanji akan membina 200,000 unit kediaman Kita Selangor dalam tempoh lima tahun pentadbiran,” katanya sambil menjanjikan bahawa maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Sementara itu, Amirudin turut mengumumkan bahawa kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM220 juta bagi pembelian Skim Smart Sewa pada tahun hadapan dengan sasaran sebanyak 810 unit.

    “Melalui Belanjawan Selangor tahun lepas, kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menggunakan peruntukan sebanyak RM115 juta bagi pembelian 500 unit tambahan dan mensasarkan sebanyak 3,000 unit Skim Smart Sewa sehingga 2025.

    “Setakat ini, status pembelian unit Skim Smart Sewa yang telah diluluskan dan akan ditawarkan kepada orang awam bagi tujuan penyewaan hingga tahun ini adalah sebanyak 1,340 unit, di mana 707 unit telah disewakan,” katanya.

    ALSO READ:  Platform kebajikan haiwan cari tempat tinggal untuk haiwan terbiar

    Rumah Selangorku telah diperkenalkan pada tahun 2014 sebagai rumah mampu milik untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah, sederhana rendah dan sederhana yang menggantikan dasar Rumah Kos Rendah (RKR).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts