Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelangor luluskan 1,506 projek perkilangan bernilai lebih RM88 bilion

    Selangor luluskan 1,506 projek perkilangan bernilai lebih RM88 bilion

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini diberitahu bahawa sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri itu dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion bagi tempoh 2018 hingga Jun 2023.

    Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Ng Sze Han berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM35.88 bilion adalah daripada modal pelaburan tempatan dan RM53.0 bilion adalah modal pelaburan asing.

    “Sebanyak 95,610 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada projek-projek perkilangan yang diluluskan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) berkenaan kadar pelaburan antarabangsa di Selangor di antara tahun 2018-2023.

    Ng berkata antara peranancangan dan tindakan kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar pelaburan antarabangsa adalah dari segi penyediaan polisi seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1), pelan pembangunan wilayah baharu seperti Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) serta program tahunan berskala besar seperti Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dan Pameran Penerbangan Selangor.

    “Selain itu, kerajaan Negeri juga giat menjalankan program promosi penggalakan pelaburan melalui pertemuan secara fizikal mahupun maya dengan dewan-dewan perniagaan di Malaysia dan di luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur serta dilaksanakan.

    “Industri tumpuan yang akan terus diberi penekanan adalah seperti sains hayat, pembuatan makanan dan minuman (F&B), pembuatan produk elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan seperti industri aeroangkasa dan dron serta mesin dan peralatan,” katanya.

    Bagi sektor perkhidmatan pula, Ng berkata kerajaan Negeri telah mengenal pasti sektor yang berpotesi untuk berkembang di Selangor antaranya industri perkhidmatan logistik dan pelaburan digital seperti perkhidmatan perniagaan global (GBS), pusat data serta teknologi kandungan kreatif.

    ALSO READ:  French left, centrists, tussle to form government

    “Bagi sektor pembangunan sains hayat pula, program ’Selangor Lab Partnership’ diperkenalkan untuk merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan industri supaya penyelidikan dapat diusahakan secara kolaborasi yang lebih jitu dan produk-produk dapat mencapai keberhasilan untuk dipasarkan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts