Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelepas 12 tahun, keluarga lelaki mati ditembak polis tarik nafas lega

    Selepas 12 tahun, keluarga lelaki mati ditembak polis tarik nafas lega

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keluarga kepada seorang lelaki yang ditembak mati oleh polis 12 tahun lalu lega apabila polis membuat keputusan mengklasifikasikan insiden itu sebagai pembunuhan (homisid).

    Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Rani Rasiah, yang bersama-sama keluarga mendiang P Kathir Oli menempuhi kes itu di mahkamah, pihak keluarga kini berharap peguam negara (AG) akan membawa pengakhiran kepada perjalanan getir mereka.

    “Kes ini bukanlah perjalanan mudah buat mereka. Nama Kathir dan reputasi keluarga terjejas teruk.

    “Keluarga berharap AG akan membuat tindakan atas keputusan itu, namun kerana keputusan hanya dibuat semalam (18 Januaria), mereka akan beri sedikit masa kepada AG sebelum mendapat nasihat peguam berkenaan tindakan susulan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Rani berkata keluarga berharap AG akan bertindak atas keputusan itu, yang menunjukkan salah guna kuasa polis secara terang-terangan.

    P Kathir Oli

    Semalam, Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan kematian Kathir adalah homisid dan bukannya pertahanan diri, seperti didakwa polis sebelum ini.

    Kejadian itu berlaku pada 15 September 2011, apabila seorang anggota polis menembak mati Kathir, yang ketika itu berusia 31 tahun dan bekerja sebagai kontraktor, di luar sebuah pub di Ipoh, Perak.

    Susulan itu, ketua polis Perak ketika itu, Mohd Shukri Dahlan mendakwa anggota polis itu menembak Kathir sebagai tindakan mempertahankan diri kerana mendiang dan tiga lagi rakannya didakwa cuba merompak pub tersebut dengan parang, dan cuba menyerang anggota polis berkenaan.

    Namun, PSM berkata menurut keterangan yang dibuat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah polis Perak, tiada parang yang ditemui di tempat kejadian.

    Susulan kematian Kathir, isterinya S Janaky dan PSM menggesa inkues awam dibuat. Pada Disember tahun yang sama, Janaky dan PSM menyerahkan memorandum kepada Suhakam di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

    ALSO READ:  KPM: Kemudahan di SK Ulu Ansuan di Sabah ditambah baik

    Pada 20 September 2012, Rani berkata pihak keluarga dimaklumkan tiada inkues yang akan dibuat dan tiga rakan mendiang akan didakwa atas tuduhan menyebabkan kerosakan dan kecederaan kepada penjawat awam.

    Pada Januari tahun lalu, koroner memutuskan “keputusan terbuka” ke atas kematian itu, bermakna tiada orang didapati ada jawapan berhubung kematian tersebut.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts