Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelepas McD geng usrah berkumpul pula di KFC

    Selepas McD geng usrah berkumpul pula di KFC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Genap sebulan berlalu, hari ini sekumpulan aktivis berkumpul kembali dalam usaha mereka bahawa naratif memboikot jenama tertentu yang dikaitkan dengan Israel menyediakan pilihan kepada orang ramai.

    Jika dulu mereka mengadakan usrah di salah sebuah cawangan restoran McDonald’s, kali ini mereka menjadikan premis KFC – yang dimiliki syarikat JCorp dari Johor – sebagai ‘tapak’.

    Ia disertai seramai lebih 10 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk tokoh pendakwah bebas, ahli akademik, jurutera telekomunikasi, bekas ketua pegawai eksekutif institusi agama dan pakar kewangan Islam.

    Usrah tersebut berlangsung selama kira-kira dua setengah jam mulai 2.30 petang di Puchong, Selangor.

    Jurucakap kumpulan berkenaan, Najmuddin Yusoff, berkata pelbagai isu dibangkit dan dibincangkan kali ini.

    Antaranya, kata Najmuddin, berkisar pada cubaan memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa menjadi tugas semua pihak di negara ini berikhtiar melawan ekstremisme.

    Pada masa sama, kata Najmuddin, mereka juga mengakui banyak jasa yang diberikan oleh syarikat seperti JCorp termasuk membina jaringan ekonomi rakyat negara ini, khususnya bumiputera.

    “Ini juga secara tidak langsung sebagai menyatakan rasa terima kasih kami kepada KFC atas pelbagai program kemasyarakatan yang dilakukan mereka,” katanya.

    Beri kesan pada keluarga asnaf

    Pun begitu, kata Najmuddin, KFC juga tidak boleh selesa dengan respon yang diberikan pihak yang memilih untuk terus melanggan perkhidmatan rangkaian restoran berkenaan.

    Katanya sama seperti restoran lain, KFC wajar meningkatkan kualiti perkhidmatan serta makanan mereka.

    Kempen memboikot pelbagai jenama yang terkait dengan Israel digerakkan sejak beberapa bulan lalu ekoran serangan dan kekejaman rejim Zionis menggempur penduduk Palestin di Gaza.

    Bagaimanapun kempen itu menunjukkan perkembangan berbeza apabila pihak tertentu yang menyokongnya menggunakan pendekatan di luar batasan serta mengancam keselamatan.

    ALSO READ:  Ukraine arrests woman spying on Zelenskiy for Russia.

    Misalnya ada kumpulan yang mengugut serta mengganggu pelanggan restoran berkenaan, selain menggunakan kaedah janaan digital menggambarkan pihak yang menerima McDonald’s atau KFC sebagai anjing.

    Usrah santai itu diadakan kali pertama pada 21 April lalu.

    Pada 8 Mei lalu Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan orang ramai agar melakukan boikot berdasarkan kepada neraca keadilan dan memikirkan pertimbangan di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) secara mendalam.

    Mengakui tindakan boikot boleh menunjukkan kuasa pengguna sebenar termasuk dalam menyampaikan mesej dan memberi isyarat kepada pengusaha di Malaysia, Ikim berkata masih ada persoalan yang perlu dlihat dalam konteks lebih meluas.

    Najmuddin berkata semasa usrah santai diadakan hari ini mereka juga mendengar perkongsian kisah bagaimana ada pihak yang berdepan dengan cabaran getir kerana tempias kempen boikot di negara ini.

    Misalnya, kata Najmuddin, kehilangan punca pendapatan apabila ada ketua keluarga kehilangan kerja.

    “Ada juga melibatkan sebuah keluarga asnaf di Selangor yang kehilangan pendapatan apabila dua daripada anak mereka bekerja di KFC dan McDonald’s kehilangan kerja serentak,” katanya.

    Mereka juga bercadang untuk terus mengadakan usrah seumpama itu di premis lain selepas ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts