Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSelepas utus surat kepada PM, KPM temui keluarga Shivaani

    Selepas utus surat kepada PM, KPM temui keluarga Shivaani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas menulis surat kepada perdana Menteri agar dibenarkan meneruskan persekolahan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan pertemuan dengan keluarga murid tanpa dokumen kewarganegaraan terbabit.

    Dalam kenyataan media hari ini, KPM memaklumkan pertemuan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada 28 Dis lepas itu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid berkenaan meneruskan persekolahan seperti sepatutnya.

    “Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

    “JPNS pula komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah. Pertemuan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil yang positif,” menurut kenyataan itu.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan seorang kanak-kanak, Shivaani, 10, menulis surat kepada Anwar Ibrahim untuk meminta pertolongan perdana Menteri supaya dia dibenarkan meneruskan persekolahan.

    “Saya minta tolong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim benar saya pergi ke sekolah tahun depan,” katanya.

    Shivaani sebelum ini bersekolah sehingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi, Senawang.

    Namun, pihak sekolah memberitahu keluarga pada sesi pembukaan sekolah Mac tahun lalu bahawa Shivaani tidak dapat meneruskan darjah empat pada tahun depan kerana isu dokumentasi kewarganegaraan.

    Sementara itu KPM menegaskan pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara selain selari dengan agenda pendidikan manusiawi iaitu memastikan tiada murid yang tercicir.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts