Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSemak fakta: Artikel dakwa Teresa anti-Islam diputuskan fitnah tapi tular semula

    Semak fakta: Artikel dakwa Teresa anti-Islam diputuskan fitnah tapi tular semula

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Catatan sebuah blog pada 2019 yang mendakwa ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai “anti Islam”, masih tersebar di media sosial dan aplikasi pesanan segera, walaupun kandungannya diputuskan sebagai fitnah oleh Mahkamah Tinggi pada 2020. Awal bulan ini, JomCheck menerima permintaan untuk menyemak fakta daripada seorang pembaca yang menerima artikel mendakwa Kok “anti-Islam” melalui WhatsApp.

    Semakan JomCheck mendapati bahawa Kok telah menang saman fitnah ke atas seorang pemimpin PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim pada tahun 2020, yang telah menyiarkan dua artikel, termasuk yang dihantar kepada JomCheck. Hakim pada masa itu telah memerintahkan bayaran ganti rugi sebanyak RM80,000 diberikan kepada Kok.

    Walaupun mahkamah telah membuat keputusan, artikel tersebut masih boleh diakses dengan mudah di laman web Wangsa Daily dan Malaysia Today. Wangsa Daily menerbitkan artikel tersebut pada 17 Januari 2019 dan memautkannya kembali ke Malaysia Today, yang menerbitkannya lima hari sebelumnya. Kedua-dua laman web itu menyatakan blogger Abu Leman sebagai sumber asal. Versi Malaysia Today telah dikongsi sekurang-kurangnya 46,000 kali di media sosial.

    Walaupun artikel yang mendakwa Kok sebagai anti-Islam adalah catatan paling banyak dibaca di Wangsa Daily, dan mesej WhatsApp yang tular memautkan kembali ke Wangsa Daily, namun blog itu tidak menyiarkan sebarang kandungan baru sejak 2020. Bagaimanapun, di bar sisinya, blog itu mempromosikan laman Facebook ‘Gegar Rakyat’ yang aktif sehingga Ogos 2022, apabila ia menganjurkan perbincangan secara langsung dengan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

    Semakan Malaysiakini juga mendapati artikel yang sama oleh ‘Abu Leman’ pada 2019 turut dikongsi di laman forum Cari.com.my manakala versi Malaysia Today dipautkan dengan pelbagai laman media sosial anti-DAP dengan jangkauan lebih luas. Bagaimanapun, kemungkinan artikel berkenaan pertama kali diterbitkan sebelum itu kerana terdapat versi terdahulu yang disiarkan di media sosial.

    ALSO READ:  KPDN keluar surat minta penjelasan kenaikan harga roti Gardenia

    Artikel tersebut nampaknya tersebar semula, dengan hantaran media sosial mengenainya muncul bulan ini. Abu Leman, yang disebut Wangsa Daily dan Malaysia Today sebagai pengarang artikel itu, didenda RM10,000 pada Februari 2022 atas dua pertuduhan menyebarkan maklumat palsu, dalam dua hantaran yang tidak berkaitan. Harian Metro melaporkan bahawa Abu Leman adalah nama pena kepada Abdul Rahman Abdollah, seorang pemandu e-hailing. Blog Abu Leman dan laman Facebooknya tidak lagi boleh diakses.

    Malaysiakini adalah sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta Malaysia JomCheck. Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak sesuatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 (WhatsApp sahaja) atau melalui pautan ini.WhatsApp.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts