Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSemak fakta: Pertambahan pengundi Selangor tak cecah 750,000

    Semak fakta: Pertambahan pengundi Selangor tak cecah 750,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sejak berakhirnya pilihan raya umum (PRU) bagi memilih ahli parlimen di seluruh negara berakhir pada Nov lalu, ada pihak mendakwa terdapat peningkatan lebih 750,000 pengundi di Selangor.

    Berdasarkan mesej yang ditularkan itu, dikatakan selepas PRU tahun lalu ada pertambahan 756,456 pengundi di Negeri berkenaan, atau naik sebanyak 28 peratus.

    Menurut mesej berkenaan semasa PRU ke-15 dilangsungkan pada 19 Nov 2022 terdapat 2,745,905 pengundi berdaftar yang layak berbanding 3,502,361 apabila pilihan raya Negeri (PRN) dijalankan pada 12 Ogos tahun ini.

    Mesej tular ini dikongsi oleh @rzmnrm di laman Twitter baru-baru ini.

    “Jelas ada usaha parti politik untuk memindahkan pengundi ke Selangor,” ciapnya.

    Pagi tadi kumpulan pendesak reformasi pilihan raya Tindak Malaysia membalas ciapan @rzmnrm dan menjelaskan angka yang disebutkan dalam mesej tular tersebut adalah tidak benar.

    Menurut Tindak Malaysia, jumlah sebenar yang meningkat 69,209 pengundi, bukannya 700,000 seperti yang didakwa dalam mesej tular berkenaan.

    Daripada 56 kerus dewan undangan Negeri (DUN) di Selangor, dua kawasan menunjukkan pengurangan sejak PRU ke-15 iaitu Bukit Gasing dan Kampung Tunku.

    “Terdapat pertambahan pengundi yang kecil di kawasan luar bandar dan pertumbuhan ketara di kawasan Hulu Langat, Kinrara, utara Damansara, Shah Alam dan Dengkil,” katanya.

    Tindak Malaysia turut memasukkan pautan ke halaman Githubnya yang membandingkan perbezaan jumlah pengundi untuk dua pilihan raya yang masing-masing berlangsung pada 2022 dan 2023.

    Semakan bebas oleh Malaysiakini menunjukkan terdapat 3,677,848 pengundi telah berdaftar untuk mengundi semasa pilihan raya parlimen yang berlangsung pada Nov 2022.

    Ia merupakan peningkatan 1.88 peratus kepada 3,747,057 orang.

    Pada kadar pertumbuhan 1.88 peratus, pertambahan populasi pengundi Selangor hanya lebih tinggi sedikit daripada purata peningklatan bagi kesemua enam Negeri yang mengadakan PRN pada 12 Ogos iaitu 1.2 peratus.

    ALSO READ:  SURAT | Dongeng tempat lahir saya

    Pengguna Twitter @rzmnrm telah memadamkan tweet tersebut berikutan penjelasan Tindak Malaysia.


    Malaysiakini adalah sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta Malaysia JomCheck.

    Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak sesuatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 (WhatsApp sahaja) atau melalui pautan ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts