Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSemak fakta: Poster 'penjenayah sabun' palsu, disebar sejak 2013

    Semak fakta: Poster ‘penjenayah sabun’ palsu, disebar sejak 2013

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kami menerima satu permohonan melalui talian tip untuk menyemak kesahihan imej tular yang mendakwa bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan satu peringatan khas.

    Dikatakan bahawa PDRM memperingatkan orang awam untuk berwaspada terhadap kegiatan jenayah yang menggunakan taktik penjualan sabun dari rumah ke rumah.

    Kononnya, mangsa akan disuruh menghidu sabun basuh yang sebenarnya adalah dadah penenang yang boleh menyebabkan mangsa pengsan. Kemudian, mangsa akan dirampok, dirogol dan dibunuh.

    Imej tular juga disertakan dengan gambar-gambar penjenayah yang dikatakan sedang aktif di Kuala Terengganu dan sebelum ini aktif di Borneo.

    Semakan dalam JOMCHECK mendapati bahawa isu ini telah dinafikan beberapa kali melalui laporan media dan dikategorikan ‘tidak benar’ oleh penyemak fakta antarabangsa.

    STATUS: TIDAK BENAR

    PENJELASAN: PDRM menafikan berlakunya kes ini sejak 2013 melalui media dan mengeluarkan kenyataan penafian rasmi pada 2014, menyifatkannya sebagai tidak berasas.

    SUMBER:
    – The Borneo Post (2013)
    – Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (2014)
    – Sinar Harian (2019)
    – AFP Fact Check (2020)

    Berdasarkan rujukan dari sumber-sumber di atas, dapat disimpulkan bahawa:
    ‘Peringatan khas’ ini merupakan dakwaan yang berulang sejak 2013.

    Bermula dari tahun 2020, ‘peringatan khas’ ini dinaik taraf dengan menyertakan gambar-gambar penjenayah. Individu dalam gambar itu sebenarnya adalah suspek pembunuhan warga Indonesia di Sarawak pada tahun 2019.

    Tiada laporan dibuat berhubung kejadian jenayah yang tular ini.

    PDRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dari sumber yang tidak sah kerana tindakan ini adalah melanggar undang-undang.

    Jadi, jika anda jumpa maklumat dari sumber yang tidak sah, hubungi JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau gunakan pautan ini, okay!

    ALSO READ:  'Pengakuan Sanusi bukti PN kemaruk kuasa'

    Ikuti JOMCHECK Malaysia di media sosial:
    – FACEBOOK
    – TWITTER
    – INSTAGRAM
    – TIKTOK
    – THREAD

    Malaysiakini adalah sebahagian daripada pakatan pemeriksa fakta Malaysia JomCheck.

    Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak kesahihan suatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 atau melalui pautan ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts