Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSemua kes gigitan anjing di Sarawak stabil

    Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Situasi kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

    Dalam satu kenyataan hari ini mengenai situasi jangkitan anjing yang disahkan positif rabies di Kuching, Sarawak, KKM menyatakan bahawa kes tersebut terdiri daripada 11 kes yang dirawat sebagai pesakit luar dan satu kes yang dimasukkan ke hospital bagi perawatan luka, yang telah discaj pada Khamis lepas.

    “Kesemua 11 kes telah digigit oleh anjing liar yang sama. Anjing tersebut telah ditangkap oleh PBT (pihak berkuasa tempatan) pada 8 Januari lepas. Keputusan ujian makmal yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada 11 Januari lepas, menunjukkan positif rabies.

    “Bagi kes ke-12 yang dilaporkan digigit anjing peliharaan di Lorong Tabuan Timur, Kuching, mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 7 Januari. Anjing telah diserahkan secara sukarela kepada PBT dan ujian makmal DVS menunjukkan ia positif rabies,” menurut kenyataan itu.

    Pada 11 Januari lepas, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng melaporkan terdapat 12 kes gigitan anjing yang positif rabies di kawasan Tabuan Desa Indah dan Lorong Tabuan Timur, Sarawak.

    KKM menyatakan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama DVS, PBT dan agensi tempatan yang berkaitan akan mempergiatkan aktiviti kawalan di kawasan terbabit bersama masyarakat setempat termasuk menjalankan kempen vaksinasi anjing bagi mengawal penularan jangkitan rabies.

    Menurut KKM, jangkitan rabies boleh dicegah sekiranya rawatan awal diberikan dengan segera sebelum dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    KKM turut menggariskan beberapa langkah pencegahan rabies antaranya segera mencuci luka pada kulit atau bahagian anggota badan yang dijilat, digigit atau dicakar haiwan dengan menggunakan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit serta memastikan vaksin antirabies lengkap diterima mengikut janji temu yang diberikan oleh pengamal perubatan.

    ALSO READ:  French airport provides makeshift base for Indians on grounded flight

    KKM menasihatkan masyarakat agar tidak mengendalikan haiwan liar termasuk anjing dan kucing sama ada yang hidup atau mati, sebaliknya melaporkan kepada DVS atau PBT untuk tindakan lanjut terhadap haiwan berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts