Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSemua MP, Adun Umno akan terus pertahan Anwar

    Semua MP, Adun Umno akan terus pertahan Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umno akan terus memperkukuh dan mempertahankan kerajaan perpaduan, tegas Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

    “Mesyuarat (MKT) juga memperakukan bahawa semua ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun Umno akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku perdana Menteri dan kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya pada satu kenyataan malam ini.

    Kata Asyraf, ketetapan tersebut sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung Umno pada 14 Januari 2023.

    Sementara itu, Asyraf juga berkata mesyuarat MKT Umno malam ini juga bersetuju untuk menganjurkan konvensyen kerajaan perpaduan di Negeri-Negeri bermula Januari tahun depan.


    Sebelum ini, seorang anggota MKT Umno, Isham Jalil (gambar, atas) membangkitkan isu kerjasama antara parti itu dengan PAS susulan cadangan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai perdana Menteri jika PN berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

    Isham membuat cadangan itu berikutan kemenangan besar Ahmad Shamsuri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan menewaskan BN.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts