Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSemua perlu dirujuk dan diluluskan Najib, kata bekas peguam 1MDB

    Semua perlu dirujuk dan diluluskan Najib, kata bekas peguam 1MDB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    BICARA 1MDB l Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa kelulusan Datuk Seri Najib Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB kerana beliau memegang tiga jawatan penting di dalam syarikat itu.

    Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata adalah menjadi amalan, malah sebelum beliau menyertai syarikat itu kesemua perkara perlu dikemukakan kepada Najib, yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (CBOA) 1MDB sebelum sebarang projek boleh diambil 1MDB.

    “Ia merupakan amalan dalam 1MDB untuk setiap perkara dirujuk kepada Najib dahulu. Sebenarnya, ia merupakan keputusan seorang individu yang membuat semua keputusan ini,” kata Loo.

    Muhammad Shafee Abdullah

    Bagaimanapun, peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata terdapat perbezaan antara ketiga-tiga perananan anak guamnya dan Loo sebagai peguam seharusnya tahu bahawa Najib selaku CBOA tidak boleh membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

    “Sebaliknya, anda dengan sengaja tidak mengendahkannya sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk memperdayakan 1MDB,” kata Muhammad Shafee.

    Loo tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee dan menegaskan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta CBOA merupakan individu sama dan satu kelulusan daripada beliau merupakan kelulusan daripada ketiga-tiga perananan yang dimainkannya pada ketika itu.

    “Ketika menyertai 1MDB, ia sudah menjadi amalan dan kami bergantung kepada penasihat kesetiausahaan syarikat profesional. Jika mereka mempunyai pandangan berbeza mereka akan melakukannya seperti itu,” katanya.

    Tim Leissner

    Mengenai soalan lanjut daripada peguam itu, Loo tidak bersetuju dengan testimoni oleh bekas pengurus bank Goldman Sachs Tim Leissner ketika perbicaraan kes 1MDB Roger Ng di mahkamah New York mengenai bagaimana beliau merupakan komponen utama yang menghubungkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho kepada syarikat itu.

    ALSO READ:  Superstar Ohtani excited with S. Korea fanfare, opening game

    Muhammad Shafee: Adakah anda sedar anda dilantik pada asasnya hanya untuk membuat dokumen yang tidak sah di sisi undang-undang menjadi sah?

    Loo: Saya tidak sedar.

    Muhammad Shafee kemudian membaca petikan daripada testimoni Leissner di mahkamah New York dan menyatakan Loo tidak gembira dengan jumlah wang yang akan diterimanya daripada 1MDB kerana ia tidak mencukupi, dan Loo berkata beliau tidak bersetuju terhadap sebarang kenyataan itu.

    Najib Razak

    Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

    Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Sequerah bersambung.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts