Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSeorang lagi maut diserang harimau di Gua Musang

    Seorang lagi maut diserang harimau di Gua Musang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam masa kurang dari 48 jam, seorang lagi menjadi mangsa serangan harimau di Gua Musang, Kelantan. Kali ini, serangan berlaku di sebuah ladang di Kampung Meranto dan melibatkan seorang lelaki warga Myanmar yang telah meninggal dunia akibat serangan tersebut.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, dalam satu kenyataan berkata mangsa, Ahka Soe Ya, 22 tahun, diserang haiwan itu kira-kira 1.30 petang ketika mereka sedang menoreh getah bersama isterinya.

    Sik berkata mangsa telah dibawa ke hospital oleh empat warga Myanmar termasuk isterinya selepas meminta bantuan seorang lelaki tempatan yang berada di tapak pemeriksaan kayu balak berhampiran.

    Beliau berkata, “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.

    Hasil bezah siasat oleh pegawai perubatan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” katanya.

    Sik berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan meneruskan pemasangan kamera dan peranangkap dalam usaha mengesan serta menangkap haiwan buas itu.

    Pada Jumaat, mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui di ladang lain di Hutan Simpan, Jalan Sri Bintang, Kampung Meranto.

    Mayat Lalu Sukarya Yahya, 42 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai akibat serangan harimau apabila anggota pasukan penyelamat menemukan cebisan kaki mangsa di kawasan cerun kira-kira 500 meter dari lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan.

    Cebisan badan dan sebahagian kaki mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts