Seorang lelaki telah meninggal dunia manakala empat lagi dikhuatiri masih terperanangkap dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands pada awal pagi hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan pada jam 2.51 pagi, dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih sedang dijalankan.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa yang masih terperanangkap dalam kawasan runtuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ismail, sembilan anggota bomba yang telah dihantar ke lokasi kejadian terpaksa berjalan kaki kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke tempat berkenaan.
Sementara itu, identiti mangsa yang terlibat masih belum dapat dikenalpasti pada masa ini.
– Bernama