Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSepupu nekad buka markas PH di pekarangan rumah Mohd Amar

    Sepupu nekad buka markas PH di pekarangan rumah Mohd Amar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang sepupu kepada timbalan menteri besar sementara Kelantan Mohd Amar Abdullah membuat kejutan dengan membuka markas Pakatan Harapan (PH) berhampiran dengan rumah pemimpin PAS di Kampung Panchor, Kota Bharu. Muhamad Fekri Muhamad Yusoff, 62, berkata dia membuka markas tersebut selepas calon daripada PH iaitu Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain dicalonkan berdepan Mohd Amar dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini. Baginya, ini merupakan satu sejarah peribadi kerana sejak 60 tahun lalu, tiada markas selain PAS didirikan di kawasan tersebut. “Kali ini saya berazam membuka markas PH di sini sejak Syed Mohd Alidustur dicalonkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor. Saya telah menyokong PH sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dahulu, sebelum itu saya sokong PAS juga. Tetapi kali ini saya memberikan sokongan secara terbuka dan mengetuai markas jentera di sini,” katanya ketika ditemui Malaysiakini. Untuk rekod, Mohd Amar merupakan penyandang kerusi DUN Panchor yang mula ditandingi sejak 2004 dan sekali lagi menjadi calon PAS kali ini. Sementara itu, tinjauan Malaysiakini mendapati markas PH tersebut terletak di tepi jalan utama Panchor – Pandang Tembak, kira-kira 30 meter dalam pekarangan rumah naib presiden PAS itu. Markas PH tersebut juga bersebelahan dengan markas PAS yang terletak di depan laluan masuk ke rumah Mohd Amar. Muhamad Fekri juga menyatakan walaupun mempunyai perbezaan pegangan politik, dia dan keluarga sepupunya tidak mempunyai masalah peribadi. “Bagi saya, ini hanyalah perbezaan politik dan kita masih boleh merayakan proses demokrasi semasa berlangsungnya PRN ini. Adik saya sendiri menyokong tegar dan menjadi jentera PAS, tetapi saya memilih parti yang berlawanan,” katanya. Ditanya mengapa dia tidak lagi menyokong PAS, Muhamad Fekri menyatakan bahawa perubahan itu berlaku kerana kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan parti sekarang. “Saya lihat cara PAS semakin berubah selepas kepergian Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas mursyidul am PAS) yang memimpin negeri Kelantan sebelum ini. Sejak itu saya bukan lagi penyokong PAS, saya sempat menyertai parti Bersatu tetapi keluar selepas parti tersebut tidak bersama-sama PH lagi,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts