Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSerangan balai polis: 7 individu direman 7 hari

    Serangan balai polis: 7 individu direman 7 hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam.

    Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin membenarkan penahanan reman itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bahru untuk siasatan di bawah Seksyen 302.

    Individu yang direman itu terdiri daripada lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun yang ditahan susulan pemeriksaan di kediaman keluarga suspek pada awal pagi semalam.

    Turut direman adalah dua penuntut kolej warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

    Kesemua suspek warganegara tempatan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Muhammad Zahier Rosli, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon dan Sulaiman Zamani.

    Dalam kejadian 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts