Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSerangan balai polis: Jenazah dua polis dibawa keluar dari hospital

    Serangan balai polis: Jenazah dua polis dibawa keluar dari hospital

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenazah dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru pagi ini.

    Kedua-dua jenazah anggota polis itu dibawa keluar pada 9.15 pagi selepas proses bezah siasat selesai malam tadi.

    Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir.

    Jenazah dua anggota itu kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang.

    Terdahulu, Azhar Khaiden, 54, bapa kepada Ahmad Azza Fahmi kelihatan tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSI bagi menuntut jenazah anaknya pagi ini untuk dibawa pulang ke kampung halaman untuk disemadikan.

    “Malam tadi kami sekeluarga tidur di kediaman Allahyarham,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan jabatan itu hari ini.

    Guru Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai, Perak itu berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Kampung Poh, Bidor.

    Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

    Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts