Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSerangan balai polis: Tujuh orang akan direman esok

    Serangan balai polis: Tujuh orang akan direman esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru esok bagi mendapatkan perintah reman.

    Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor CP M Kumar (gambar bawah).

    Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun, ditahan susulan serbuan yang dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi tadi.

    Dua lagi individu yang akan turut direman esok ialah dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.

    Dalam kejadian 2.45 pagi, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan parang dan merampas dua senjata api daripada anggota polis.

    Seorang lagi anggota keselamatan cedera akibat ditembak dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala lelaki yang merupakan suspek utama kes itu mati ditembak di lokasi kejadian.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts