Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSerangan di Ulu Tiran tanda ancaman keganasan masih tinggi - PM S'pura

    Serangan di Ulu Tiran tanda ancaman keganasan masih tinggi – PM S'pura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor baru-baru ini adalah satu peringatan bahawa ancaman keganasan masih tinggi, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

    Melalui Instagram, Wong juga berkata, pihak berkuasa republik itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan langkah keselamatan.

    “Agensi keselamatan kita akan terus memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti,” katanya yang baru menjadi perdana Menteri pada 15 Mei lalu.

    Pada 17 Mei lalu, dua anggota polis terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram.

    Ketua Polis Johor berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi dan melibatkan penceroboh bertopeng dan bersenjatakan pistol serta parang.

    Anggota polis yang terbunuh dalam kejadian itu ialah Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Muhammad Syafiq Ahmad Said.

    Suspek pula mati ditembak di tempat kejadian.

    Walaupun pada mulanya pihak berkuasa mengesyaki penyerang ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah (JI), Ketua Polis Negara Razarudin Husain kemudian mengesahkan lelaki terbabit tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas berkenaan.

    Wong berkata konflik yang berterusan di Timur Tengah telah digunakan oleh elemen pengganas global untuk menjaja retorik radikal mereka dan menghasut keganasan.

    Radikalisasi diri, tambahnya, menjadi kebimbangan yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan belia.

    Sejak dua tahun lalu, katanya, empat belia Singapura meradikalkan diri telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri Singapura.

    “Saya menggesa orang ramai untuk terus berwaspada terhadap ancaman keganasan.

    “Laporkan sebarang orang atau aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera,” katanya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts