Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSerangan Israel: Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA

    Serangan Israel: Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran – IAEA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.

    “IAEA mengesahkan pada Jumaat bahawa tidak ada kerosakan pada tapak nuklear Iran selepas laporan mengenai letupan yang disyaki penglibatan Israel,” kata agensi itu.

    “IAEA boleh mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran,” Agensi Anadolu (AA) memetik agensi itu dalam hantarannya di platform X.

    Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi terus menyeru agar semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan, katanya.

    Agensi itu berkata ia memantau keadaan dengan teliti.

    Terdahulu, letupan kedengaran di beberapa bandar Iran pada awal Jumaat, terutama di Isfahan di bahagian tengah dan barat Tabriz di barat laut negara itu, AA memetik laporan Agensi Berita Republik Islam (Irna).

    Irna juga mengaitkan bunyi letupan di Tabriz itu adalah berikutan pengaktifan sistem pertahanan udara.

    Ketegangan memuncak antara Iran dan Israel selepas Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu pada hari Sabtu sebagai tindak balas kepada serangan 1 April ke atas konsulatnya di Syria, yang mengorbankan tujuh penasihat tentera.

    Israel telah berikrar ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran itu.

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts