Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSESB perluas projek pasang meter prabayar di setinggan Sabah

    SESB perluas projek pasang meter prabayar di setinggan Sabah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang memperluas pelaksanaan projek Independent Power Distributor (IPD) dengan meter prabayar bagi mengatasi kegiatan penyambungan elektrik haram terutama di kawasan penempatan setinggan di Negeri itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata bahawa projek IPD khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik akan dilaksanakan di kawasan penempatan setinggan di daerah Tawau, selepas Kampung Forest di Sandakan dilaksanakan pada Oktober tahun lalu.

    Baginda berkata pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest, Sandakan berjaya mengurangkan kejadian gangguan bekalan elektrik, vandalisme, dan kualiti voltan rendah di kawasan sekitarnya.

    “Pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest menunjukkan bahawa projek ini merupakan penyelesaian bagi isu penyambungan haram yang merugikan SESB kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Beliau berkata SESB telah memulakan tinjauan awal bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek IPD di Tawau.

    Mohd Yaakob berkata cadangan pelaksanaan projek IPD telah dikongsi dengan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui semasa lawatan ke Kampung Hidayat, Tawau bersama Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau pada Khamis lepas.

    “Cadangan pelaksanaan projek ini akan diusulkan kepada Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) untuk mendapatkan lesen IPD dan kadar tarif jualan,” katanya.

    SESB juga bekerjasama dengan ECoS untuk memastikan bekalan elektrik kepada penduduk beberapa kampung di Kota Belud.

    Mohd Yaakob berkata kemudahan bekalan elektrik ke 19 kampung dibawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KPLPBW).

    Pihaknya menjangkakan kesemua kampung yang terlibat dengan projek tersebut akan menerima bekalan elektrik pada bulan hadapan.

    “SESB bersama ECoS memantau kemajuan dan status projek yang kini 95 peratus siap,” katanya.

    ALSO READ:  Assange team sees no sign of resolving US charges after reported plea deal talks

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts