Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSetiausaha PM minta PDRM siasat dana RM1b untuk jatuhkan k'jaan

    Setiausaha PM minta PDRM siasat dana RM1b untuk jatuhkan k’jaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, telah meminta polis untuk menyiasat dakwaan yang mengatakan ada pihak yang sanggup menyediakan dana sehingga RM1 bilion untuk menumbangkan kerajaan perpaduan.

    Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa sekiranya dakwaan tersebut benar, ia adalah “kerja gila” yang mampu menggugat kestabilan politik dan mengancam ekonomi negara. “Dakwaannya adalah dana ini disediakan untuk memberi rasuah kepada ahli parlimen tertentu supaya menarik balik sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim,” katanya. “Justeru saya minta pihak polis memulakan siasatan berhubung dakwaan ini,” tambahnya.

    Semalam, PKR Bandar Tun Razak membuat enam laporan polis bagi menekankan keperluan polis menyiasat dakwaan wujud gerakan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan. Azman juga merupakan ketua cabang PKR Bandar Tun Razak namun tidak mendedahkan maklumat mengenai siapakah pemberi dan penerima dana tersebut.

    Azman Abidin

    Beberapa sumber dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu Malaysiakini, ada dua bekas pemimpin tertinggi kerajaan yang menjadi dalang dalam usaha menumbangkan kerajaan. “Mereka berjanji menyediakan dana sebanyak RM750 juta untuk memberi rasuah kepada ahli politik bagi menarik sokongan daripada Anwar. Malah, jika perlu mereka juga sanggup menaikkan jumlah dana itu sehingga RM1 bilion,” kata sumber-sumber itu. Sumber terbabit juga mengesahkan bahawa kenyataan Anwar yang menyentuh “derma” bernilai jutaan ringgit adalah merujuk kepada usaha membeli ahli parlimen kerajaan.

    “Seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” kata Anwar.

    Pemimpin pembangkang sebelum ini memberi bayangan bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih kerajaan melalui sokongan majoriti ahli parlimen. Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor juga mendakwa parti itu mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan perpaduan. Media melaporkan Sanusi sebagai berkata pihaknya hanya “menunggu hari saja” untuk melaksanakan rancangan tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts