Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSetpol Anwar gesa polis percepat siasatan kes 3R, cadang 10 SOP

    Setpol Anwar gesa polis percepat siasatan kes 3R, cadang 10 SOP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Manivanan Gowin menggesa polis menyegerakan tindakan terhadap mereka yang melakukan jenayah berkaitan kaum, agama dan raja-raja.

    Setiausaha politik pejabat presiden PKR itu berkata polis tidak perlu menunggu laporan dibuat sebelum melancarkan siasatan dan mengemukakan syor 10 prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diguna pakai.

    “Selaras dengan komitmen tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan PDRM agar menyediakan Tatacara Pengendalian Piawai (TTP) atau Standard Operating Procedure (SOP) untuk menyiasat kes melibatkan isu 3R,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Manivanan mencadangkan SOP berikut:

    • 1. Mewujudkan Jabatan Siasatan Jenayah 3R untuk menyiasat kes 3R;

    • 2. PDRM menyediakan senarai kesalahan – kesalahan kes 3R yang boleh dikenakan tindakan;

    • 3. PDRM bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan;

    • 4. PDRM membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal;

    • 5. PDRM memulakan siasatan walaupun TANPA laporan rasmi atau laporan polis

    • 6. PDRM menyelesaikan siasatan dalam tempoh 7 hari setelah kenyataan 3R dilakukan;

    • 7. PDRM mengeluarkan kenyataan media awal dalam tempoh 3 hari setelah kenyataan 3R dilakukan;

    • 8. PDRM mengeluarkan kenyataan media susulan setelah selesai siasatan dalam tempoh 7 hari;

    • 9. Kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Peguam Negara dalam tempoh 10 hari setelah kenyataan 3R dilakukan;

    • 10. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh, wajar dirujuk ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.

    Kata Maninvanan, cadangannya itu bertujuan membantu polis dan mempercepatkan siasatan, menambah sudah tiba masanya untuk polis membuat perubahan ini.

    “Saya yakin bahawa cadangan sebegini mampu dipraktiskan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada seperti Akta Polis 1967 dan Kanun Tatacara Jenayah,” katanya lagi.

    ALSO READ:  MIC sedia kerjasama dengan parti India lain kecuali berasaskan kasta

    Dia mengingatkan jika dibiarkan berlarutan, isu 3R boleh menjejaskan asas masyarakat majmuk di Malaysia dan ketenteraman awam.

    Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mempertahankan kenyataan polis bahawa ‘tiada tindakan jika tiada laporan dibuat’.

    Saifuddin menjawab gesaan supaya polis menyiasat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kerana didakwa menghasut ucapan perkauman ketika memaparkan gambarnya menghunus (pedang Jepun) “katana” yang dimuat naik di halaman Facebooknya.

    Terdahulu, ketua polis negara berkata siasatan tidak boleh dimulakan sekiranya tiada laporan difailkan.

    Kenyataannya itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak, dengan NGO Lawyers for Liberty menyelarnya sebagai pihak berkuasa melakukan pendakwaan terpilih.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts