Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesShafee hantar surat tanya status permohonan pengampunan Najib

    Shafee hantar surat tanya status permohonan pengampunan Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah telah menghantar surat kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berkaitan status pengampunan diraja bekas perdana Menteri tersebut.

    Beliau mengatakan bahawa selepas 10 bulan, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai permohonan itu.

    BHEUU merupakan sekretariat kepada Mesyuarat Lembaga Pengampunan dan di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

    “Secara kebetulan esok (semalam) kita akan tulis satu surat kepada pejabat yang berkenaan iaitu jabatan yang menjaga hal ehwal undang-undang dan juga berkenaan dengan pengampunan.

    “Kalau tak salah saya, Menteri undang-undang (Azalina) yang menjaga jabatan (BHEUU) ini untuk memperingatkan bahawa benda (permohonan) ini sudah 10 bulan tak ada jawapan lagi.

    “Secara sopan, kita akan bawa perkara ini dan hantar (permohonan) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pertimbangan baginda. Ia akan dibuat esok (semalam),” katanya.

    Shafee menyatakan perkara tersebut ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

    Rakaman tersebut dibuat pada Rabu yang lepas.

    Terlebih dahulu, Shafee menyatakan bahawa awal tahun ini, pihaknya telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan permohonan pengampunan terhadap Najib.

    “Surat ini tebal, sebab banyak asas dan warna kuning sebab ia adalah pengampunan Diraja.

    “Surat ini sangat menarik tidak seperti surat pengampunan normal lain.

    “Kes ini (SRC International) berlainan.

    “Tak pernah dalam 47 tahun saya sebagai peguam, dia (Najib) punya alasan (dalam surat permohonan pengampunan diraja) bahawa saya (Najib) tidak diberikan hak untuk mendapatkan perbicaraan secara adil terutama di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts