Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesShahril: Hujah 'asimilasi penuh' Dr M bertentangan dengan Perlembagaan

    Shahril: Hujah ‘asimilasi penuh’ Dr M bertentangan dengan Perlembagaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pandangan Dr Mahathir Mohamad bahawa warga bukan Melayu perlu “berasimilisasi sepenuhnya” untuk menjadi Melayu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata bekas pemimpin Umno Shahril Hamdan. Shahril berkata menurut perlembagaan, orang Melayu juga perlu beragama Islam. “Satu perkara yang Mahathir tak sebut, mungkin dia sengaja tak sebut. Dia cakap (seorang Melayu) mengamalkan budaya dan dan tradisi Melayu, menggunakan bahasa Melayu. Ada komponen ketiga dalam perlembagaan yang mentakrifkan orang Melayu iaitu beragama Islam. Jadi dalam konteks perlembagaan, hampir mustahil untuk kita minta seorang bukan Melayu menjadi Melayu dengan paksa dia masuk Islam, yang merupakan (tindakan) tidak Islamik. Ia satu kontradiksi,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan di Youtube hari ini. Shahril merujuk Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang menyenaraikan takrifan sebagai orang Melayu. Dalam wawancara eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Mahathir berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

    Bekas perdana Menteri itu juga mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka. Apabila hos program itu bertanya sama ada Mahathir menjangkakan orang bukan Melayu “berasimilasi sepenuhnya” menjadi orang Melayu atau tidak, Mahathir menjawab dengan tegas: “Ya… mereka sepatutnya begitu; dahulu kami ada orang India, Pakistan, Arab, dan Afrika, yang kini Melayu, dalam maksud mereka berbahasa Melayu di rumah, budaya mereka adalah Melayu.” Hos kemudian bertanya jika Mahathir mengharapkan semua kaum di Malaysia dikenali sebagai Melayu dan bukannya rakyat Malaysia. “Sepatutnya begitu,” katanya.

    Mengulas lanjut, Shahril juga menyuarakan rasa kecewa terhadap kenyataan Mahathir, dengan berkata dia tidak seharusnya mempertikai kesetiaan warga Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu. Sementara itu, Khairy Jamaluddin mempersoalkan komitmen rakyat Malaysia ke atas identiti bersama menerusi bahasa Melayu. “Saya nampak perkara yang paling mudah ini dipertikaikan (orang awam). Ia selalu keluar di media sosial (seperti) – pembaharuan pasport jadi isu kerana (pemohon) tak boleh cakap bahasa Melayu (maka ia) tanda mereka tak setia kepada Malaysia. Ia menjadi kemenangan mudah untuk mereka yang nak gunakan hujah bahawa orang yang tak fasih bahasa Melayu tidak setia kepada Malaysia,” katanya. Bagaimanapun Khairy menyuarakan harapan agar kerajaan meningkatkan usaha untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa kebangsaan itu dan tidak hanya bergantung kepada sistem pendidikan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts