Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSheikh Umar: Sampai hati Syed Saddiq kata DAP 'lapdog' Zahid

    Sheikh Umar: Sampai hati Syed Saddiq kata DAP ‘lapdog’ Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan dakwaan Muda bahawa sekutunya, DAP adalah ‘lapdog’ kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai keterlaluan.

    Menerusi satu kenyataan media hari ini, katanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak sepatutnya tergamak melemparkan tohmahan sedemikian rupa pada DAP.

    “Dari segi prinsip pun, Syed Saddiq tidak seharusnya keterlaluan melabel DAP sekeras itu. (Naib Presiden DAP) Nga (Kor Ming) sekadar menyuarakan sikap yang wajar diambil oleh Muda bersesuaian dengan posisinya yang mendukungi kerajaan perpaduan ketika ini.

    “Kenyataan Nga pada saya sangat neutral. Tetapi respon Syed Saddiq itu cukup menggambarkan keegoan tahap tertinggi Muda ke atas DAP,” kata Sheikh Umar yang juga adalah naib pengerusi DAP Johor.

    Isnin lalu, Syed Saddiq memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah Zahid yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

    Nga dalam reaksinya, semaam, berkata bahawa adalah lebih “profesional” untuk Syed Saddiq membincangkan perkara itu dengan kepimpinan kerajaan hari ini.

    Menteri itu menambah bahawa DAP tidak akan sekali-kali menarik balik sokongannya kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di sebalik kemelut yang menyelubungi pelepasan yang diberikan kepada Zahid.

    Mengulas kenyataan Nga itu, Syed Saddiq turut melabelkan DAP sebagai “hipokrit, gila kuasa, dan tiada prinsip.”

    Sheikh Umar berkata Syed Saddiq seolah-olah lupa bagaimana setiakawan dan dokongan yang pernah diberikan oleh DAP terhadap dirinya dan Muda.

    “Meskipun ini berbunyi peribadi, tetapi terdetik di hati kecil saya: Sampai hati Syed Saddiq!” katanya.

    Dia seterusnya mengimbas bagaimana kerjasama dan pengorbanan dilakukan oleh DAP untuk Muda ketika susah dan senang.

    ALSO READ:  Pelajar meninggal dunia ketika larian rentas desa

    “Bermula saat pembahagian kerusi pilihan raya Negeri pada Mac 2022 sehinggalah pilihan raya umum pada November tahun lalu, Syed Saddiq tahu hal ini.

    “Meskipun ia tidak semestinya menjadi faktor utama, Syed Saddiq patut sedar bukan sedikit yang telah DAP lakukan hingga Johor melahirkan kerusi tunggal untuk Muda di peringkat DUN dan Parlimen.

    “Sebab itu bagi saya, Syed Saddiq tidak sepatutnya tergamak melemparkan tohmahan sedemikian rupa pada DAP,” katanya lagi.

    Pada 4 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

    Keputusan itu dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, ketika kes itu sedang berada peringkat prosiding bela diri.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts