Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesShuhaily ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat

    Shuhaily ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengingatkan pegawai dan anggota polis, supaya memelihara kerahsiaan dan identiti melibatkan pemberi maklumat dalam sesuatu kes.

    “Kurang kepekaan dalam memelihara kerahsiaan dan maklumat…panggil suspek dan pengadu pada hari yang sama. Pemberi maklumat perlu dijaga.

    “Saya akan bincang dengan timbalan dan ketua jabatan siasatan jenayah…mereka ini jaga perihal siasatan…saya terima dan akan baiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir pada Sesi Libat Urus Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, hari ini.

    Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka.

    Pada program tersebut, Mohd Shuhaily berkata sesi libat urus terbabit akan diperluaskan di Negeri lain bagi mengenal pasti isu berbanding mengenai jenayah setempat.

    Beliau berkata sesi tersebut membuka mata pegawai kanan termasuk ketua polis daerah, ketua jabatan siasatan jenayah dan ketua jabatan siasatan jenayah daerah, mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka.

    “Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.

    “Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan,” jelasnya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts