Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSiasatan Bukit Aman: Ratu Naga berhak berdiam diri, kata LFL

    Siasatan Bukit Aman: Ratu Naga berhak berdiam diri, kata LFL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam untuk Kebebasan (LFL) menganggap serius kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Razarudin Husain yang mendakwa seorang aktivis politik “tidak memberi kerjasama” ketika diambil keterangannya atas dakwaan memfitnah isteri perdana Menteri semalam.

    Dalam kenyataan media hari ini, Pengarah LFL, Zaid Malek, mendakwa ironi apabila Razarudin sendiri melakukan fitnah dalam siasatan ke atas Ratu Naga itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Kata Zaid, Ratu Naga – atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah – hadir ke Bukit Aman seperti yang diarahkan dan dia berhak untuk berdiam diri apabila dikemukakan dengan soalan.

    “Tak benar sama sekali apabila ketua polis negara mendakwa Ema tidak memberi kerjasama kepada polis kerana tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya semasa keterangan diambil.

    “Dia (Syarul Ema) amat mengambil berat proses undang-undang dengan segera hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan apabila dipanggil.

    “Bertentangan dengan dakwaan (Razaruddin), tiada kewajipan undang-undang untuk Syarul Ema menjawab soalan polis dalam siasatan yang dijalankan ini.

    “Hak untuk berdiam diri semasa soal siasat polis adalah asas sistem keadilan jenayah kita yang seperti termaktub dalam Seksyen 112(2) Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

    Tambah Zaid seksyen itu dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana orang boleh menggunakan hak mereka untuk berdiam diri terhadap sebarang soalan yang boleh mendedahkan mereka kepada pertuduhan jenayah.

    Tambahan, Razarudin tidak boleh mendakwa dia tidak mengetahui undang-undang itu.

    “Jika benar, maka dia tidak layak untuk memegang jawatan ketua polis negara.

    “Hakikat bahawa ketua polis negara sendiri menganggapnya layak untuk mengulas mengenai siasatan yang tidak masuk akal dan lucu adalah sangat memalukan.

    “Ia adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas untuk pasukan polis digunakan untuk menyiasat atau mengganggu sesiapa yang mengkritik isteri perdana Menteri.

    ALSO READ:  Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia

    “Jika dia terkilan, dia bebas memfailkan saman fitnah di mahkamah sivil seperti semua rakyat Malaysia yang lain,” kata Zaid yang turut mendakwa siasatan itu sebagai pembaziran sumber awam.

    Siasatan kes itu tertumpu pada hantaran yang memaparkan isteri perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, bergambar bersama beberapa individu termasuk isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu.

    Gambar tersebut sama bagaimanapun sekali tidak berkaitan dengan pendirian Malaysia terhadap Israel.

    Sebaliknya ia dirakamkan semasa majlis anjuran Wanita Pertama AS Jill Biden sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bulan lepas.

    Dalam hantaran di media sosial itu juga jelas memaparkan Netanyahu berterima kasih kepada Sara kerana mewakili Israel di majlis tersebut.

    Walaupun siaran itu dibuat dalam bahasa Hebrew, Instagram menyediakan pilihan untuk menterjemah siaran ke dalam bahasa Inggeris.

    Aktivis Bersatu Badrul Hisham Shaharin dan Ratu Naga menggunakan tangkap skrin hantaran tersebut dan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial.

    Sementara itu Zaid berkata menggunakan kuasa polis untuk menyekat pengguna media sosial mengkritik kerajaan adalah zalim dan bertentangan dengan amalan demokrasi sihat.

    “Ini tidak berbeza dengan apa yang berlaku di bawah rejim Najib Razak yang dikritik hebat oleh pemimpin PH ketika itu.

    “Kerajaan pimpinan PH setiap hari melupakan janji mereka untuk melakukan pembaharuan kepada orang ramai kerana mereka kini tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang yang sama seperti ketika mereka menjadi mangsa,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts