Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSiasatan hasutan ke atas Pua memalukan, kata Surendran

    Siasatan hasutan ke atas Pua memalukan, kata Surendran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas naib presiden PKR N Surendran kesal dengan sikap berdiam diri ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan DAP mengenai siasatan hasutan terhadap Tony Pua.

    “Siasatan hasutan ke atas Tony Pua, namun Harapan/DAP kebanyakan mereka senyap – agak memalukan.

    “Betapa dalamnya rakan-rakan lama saya telah karam,” sindir Surendran, yang adalah seorang peguam dalam satu ciapan di platform X, semalam.

    Bekas ahli Parlimen Padang Serai itu merujuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap Pua berhubung catatan di Facebook yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib Razak.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kenyataan Pua itu berbaur hasutan kerana mengkritik kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan dan dianggap menghasut orang lain supaya membenci institusi diraja.

    Pua semalam disoal siasat selama lebih sejam di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur dan polis kemudiannya merampas komputer ribanya.

    Walaupun pengerusi kebangsaan DAP Lim Guan Eng adalah antara beberapa pemimpin DAP yang mengiringi Pua semalam, namun dia enggan mengulas soalan mengenai Pua, dan berkata, dia akan menyampaikan pandangannya melalui saluran dalaman parti.

    Bekas ahli parlimen Bangi Ong Kian Ming juga baru-baru ini menggesa kepimpinan DAP untuk menjelaskan kedudukan mereka mengenai skandal 1MDB, siasatan terhadap Pua, dan komitmen keseluruhan parti itu terhadap reformasi institusi.

    Surendran seterusnya mengimbas kembali kecaman keras PH terhadap penggunaan Akta Hasutan semasa mereka berada dalam pembangkang.

    “Di sebelah saya adalah (Perdana Menteri merangkap pengerusi Harapan) Anwar (Ibrahim) yang membidas Akta Hasutan, ketika kami adalah pembangkang, beberapa tahun lalu.

    “Janji mudah dibuat – selepas mendapat kuasa semua dilupakan,” keluh Surendran.

    ALSO READ:  Mahathir patut malu sembur 'bisa' pada kaum India - Bekas MP

    PH dalam manifesto pilihan raya umum ke-15 pada 2022 berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan.

    Kerajaan kemudiannya pada dasarnya bersetuju untuk mengkaji meminda undang-undang zaman British itu bagi memastikan ia hanya digunakan untuk melindungi institusi diraja daripada tindakan provokasi.

    Bagaimanapun, tidak ada sebarang usaha dilakukan sehingga hari ini untuk memansuhkan Akta Hasutan.

    Sebaliknya, kerajaan telah menggunakan Akta Hasutan dalam beberapa kes berprofil tinggi baru-baru ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts