Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini bentang kajian separuh penggal RMK12

    Sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini bentang kajian separuh penggal RMK12

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang berlangsung selama enam hari bermula pada Isnin ini akan memberi fokus kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    KSP RMK12 ini disediakan untuk menilai pencapaian pada tahun 2021-2022 dan hala tuju dari tahun 2023-2025 dalam usaha mencapai negara yang mampan, sejahtera, dan berpendapatan tinggi dengan mempertimbangkan cabaran domestik dan trend global semasa.

    Menurut takwim rasmi di laman Parlimen, pembentangan KSP RMK12 yang dijadualkan akan bermula pada pukul 10 pagi dan diikuti dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen pada hari Selasa, dengan jawapan daripada kementerian yang berkaitan pada 18 dan 19 September.

    Dewan Rakyat sebelum ini telah bersidang dari 22 Mei hingga 15 Jun sebelum ditangguhkan.

    Pada 19 Jun yang lalu, Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian telah bersetuju bagaimana semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan dalam satu perkongsian di Facebook beliau, menyatakan bahawa mesyuarat khas ini adalah untuk membincangkan hala tuju baharu dalam KSP RMK12 untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang betul bagi mencapai agenda Malaysia MADANI.

    Mengikut kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, KSP RMK12 perlu dinilai sepenuhnya kerana tanggapan atau peranancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak lagi boleh digunakan.

    Selain daripada itu, pembentangan KSP RMK12 di Parlimen juga dianggap sebagai sesuatu yang unik dan ia diibaratkan sebagai rancangan baharu untuk negara.

    KSP RMK12 memberi tumpuan kepada dua aspek utama, iaitu penilaian dan semakan semula yang merangkumi pencapaian, analisis jurang, cadangan penambahbaikan, dan hala tuju.

    ALSO READ:  Pilot training fiasco: Mara files lawsuit against Skyvax

    Aspek kedua pula menekankan kepada kecekapan pelaksanaan program dan projek pembangunan, dengan mengambil pengajaran dari pengalaman pelaksanaan projek pembangunan sepanjang tahun 2021 dan 2022.

    Pada 27 September 2021, Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan RMK12 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’, dengan peruntukan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah pelan tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts