Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSimbah air panas pada lelaki Sindrom Down: Wanita dipenjara 10 tahun

    Simbah air panas pada lelaki Sindrom Down: Wanita dipenjara 10 tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Sesyen Balik Pulau telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang wanita yang menyimbah air panas ke atas seorang lelaki Sindrom Down.

    Hakim Mahkamah Sesyen Balik Pulau Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Oo Saw Kee, 39, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menyimbah air panas.

    Hakim seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM6,000 kepada Ooi.

    Ahzal, dalam penghakimannya berkata apa yang Ooi lakukan adalah serius, kejam dan tidak berperikemanusiaan, terutamanya terhadap orang kurang upaya. Tambahnya, Ooi telah bertindak tanpa sebarang bentuk provokasi.

    “Mahkamah sudah tentu perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman ini bertujuan memberi peringatan agar perbuatan ini tidak diulangi terutama kepada golongan istimewa.

    “Masyarakat majmuk di Malaysia tidak membenarkan perbuatan seperti ini berlaku, oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000, dan penjara 12 bulan jika denda tersebut tidak dibayar,” katanya pada prosiding hari ini.

    Mengikut kertas pertuduhan, Ooi melakukan kesalahan itu pada 19 April di lif pangsapuri I-Park, kira-kira jam 9.24 pagi.

    Dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang merangkumi secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau cara berbahaya dan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

    Serangan itu telah dirakam CCTV dan videonya telah menjadi tular.

    Dalam video itu, Ooi dipaparkan menyimbah air panas ke atas mangsa, yang baru memasuki lif dan berdiri lemah di sebelah.

    Menurut pihak pendakwaan, kedua-dua tertuduh dan mangsa tinggal di blok pangsapuri yang sama sejak 2014, tetapi tidak mengenali antara satu sama lain.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts