Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSindiket ‘ah long’ berleluasa kerana permintaan tinggi - KDN

    Sindiket ‘ah long’ berleluasa kerana permintaan tinggi – KDN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kegiatan “ah long” atau ceti haram yang masih berleluasa ketika ini adalah kerana terdapat permintaan tinggi daripada masyarakat untuk mendapatkan pinjaman wang melalui institusi kewangan tidak berlesen.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah berkata ia juga dipercayai kerana masyarakat mudah ‘tertarik’ dengan tawaran yang disediakan sindiket itu.

    Shamsul berkata, pinjaman daripada sindiket itu juga lebih mudah diperolehi daripada pinjaman yang ditawarkan institusi perbankan mahupun institusi kewangan berlesen.

    “Sebanyak 734 operasi telah dijalankan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2023 di seluruh negara. Seramai 898 orang telah ditangkap dan sebanyak 146 kes telah dibuat pertuduhan, selain daripada itu.

    “Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan bertindak menurunkan iklan pinjaman wang, meminta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) memadam iklan pinjaman wang tidak berlesen di media sosial dan mengesan ah long melalui pelbagai sumber.

    “Ia termasuk nombor telefon yang terdapat pada iklan. Polis juga menjalankan kerjasama dua hala dengan syarikat telekomunikasi, SKMM untuk membantu mengesan lokasi suspek,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Shamsul menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan untuk mengatasi kes keganasan yang melibatkan ah long memandangkan semakin banyak kes menunjukkan mereka merosakkan harta benda orang awam secara sewenang-wenangnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts