Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSirul tetap kunci mulut dalang pembunuhan Altantuya

    Sirul tetap kunci mulut dalang pembunuhan Altantuya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas sembilan tahun ditahan dalam tahanan imigresen di Australia, bekas anggota unit tindakan khas (UTK) Sirul Azhar Umar akhirnya dibebaskan awal bulan ini dan kini tinggal bersama keluarganya di Canberra.

    Walaupun begitu, Sirul tetap mengunci mulut mengenai misteri kematian Altantuya Shaariibuu dan siapa yang mengarahkan pembunuhan wanita warga Mongolia berkenaan.

    “Baiklah. [Selama] bertahun-tahun, orang di negara saya menunggu tentang siapa yang memberi arahan. Tetapi sehingga kini, saya tidak boleh beritahu,” katanya dalam program wawancara 101 East di Al-Jazeera yang disiarkan pagi ini.

    Sirul tidak menyatakan mengapa dia tidak dapat mendedahkan identiti dalang pembunuhan yang dikatakan.

    Namun begitu, Sirul berkata dia diberitahu oleh pagawai atasannya, Azilah Hadri bahawa mereka menjalankan “operasi khas” untuk Najib Razak, yang merupakan timbalan perdana Menteri dan Menteri pertahanan ketika itu.

    Sirul juga mendedahkan dalam program itu bahawa dia telah dibayar untuk berdiam diri sebelum ini.

    Dia juga berkata walaupun selamat di negara orang, masih terdapat usaha untuk “mengawal” dirinya.

    Tak mahu cakap bohong

    “Sehingga kini, ada seseorang [yang] mengawal saya. ‘Umar, awak jangan bercakap. Awak diam.’

    “Ini Australia. Sesiapa sahaja boleh bercakap, bukan? Jadi, saya mengambil [pendirian], saya bercakap perkara yang benar. Kerana saya ingin mendedahkan dan kemudian beritahu kebenaran sekarang. Saya mahu membina kehidupan baru di Australia.

    “Saya tidak mahu bercakap bohong di sini,” katanya.

    Ditanya siapa yang dimaksudkan untuk dilindungi dengan tindakannya berdiam diri, Sirul menjawab, “Sejujurnya, saya akan beritahu anda secara khusus untuk melindungi bekas (timbalan) perdana Menteri pada masa itu, Najib (Razak).

    “Jadi begitulah. Jawapan saya,” katanya.

    Untuk rekod, Najib berulang kali menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya dan pernah mendakwa ia adalah sebahagian daripada konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkannya.

    ALSO READ:  MB baru Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan k’jaan Anwar

    Altantuya diculik dan dibunuh di Shah Alam pada Oktober 2006 dengan mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan tentera.

    Dua daripada pengawal peribadi Najib – Sirul dan Azilah – disabitkan bersalah atas pembunuhan itu pada 2009. Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan itu pada 2013 dan memerintahkan kedua-dua mereka dibebaskan.

    Ketika pihak pendakwaan merayu kes, Sirul melarikan diri ke Australia.

    Mahkamah Persekutuan kemudian mengekalkan hukuman bersalah dan mengembalikan semula hukuman mati mandatori kepada kedua-dua tertuduh.

    Azilah kini menunggu hukuman mati di Penjara Sungai Buloh. Semasa menunggu di hukuman mati, Azilah mendakwa Najib telah mengarahkannya untuk ” menangkap dan menghapuskan” Altantuya, yang dikatakan sebagai ” perisik asing ” .

    Sementara itu, Sirul ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa Australia pada Januari 2015 susulan notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadapnya dan oleh kerana tinggal lebih masa di negara itu.

    Bagaimanapun, Australia tidak dapat mengekstradisi Sirul ke Malaysia kerana dasar negara itu tidak menghantar pulang individu yang menghadapi hukuman mati ke negara asal mereka.

    Walaupun Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori dan mengenakan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati, hukuman mati itu sendiri tidak dimansuhkan.

    Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanggungjawab berada di atas Sirul melalui peguamnya untuk memohon mahkamah meringankan hukuman daripada hukuman mati kepada kepada penjara.

    Jika dia tidak memohon atau mahkamah menolak permohonannya, Saifuddin mengakui Sirul berkemungkinan kekal sebagai individu yang bebas di Australia.

    Pada 8 Nov, Mahkamah Tinggi Australia memutuskan bahawa penahanan imigresen tanpa tempoh ditetapkan adalah bertentangan undang-undang. Ini dilaporkan mengakibatkan pembebasan 92 orang termasuk Sirul.

    Bagaimanapun, 101 East melaporkan kerajaan Australia tidak mengenakan sebarang syarat perintah berkurung atau pemakaian perananti pengesan di badan Sirul.

    ALSO READ:  Polis siasat kes kamera tersembunyi di inap desa di Kota Kinabalu

    Mohon maaf pada keluarga Altantuya

    Dalam pada itu, Sirul menyatakan kebimbangannya untuk kembali ke Malaysia dan merayu untuk diterima di Canberra.

    “Saya berasa dalam bahaya di sana kerana saya sedar bahawa ia benar-benar tidak selamat untuk saya kembali ke sana. Walau apa pun, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia.

    “Saya merayu kepada masyarakat di sini. Tolong terima saya. Saya berjanji kepada anak saya, saya tidak akan pernah melanggar undang-undang di sini. Saya ikut semuanya. Tolong terima saya, siapa pun saya di sini.

    “Saya suka Australia, sungguh. Dari hati saya. Dari jiwa saya. Beri saya peluang kedua.

    “Satu perkara lagi. Saya akan memohon maaf kepada keluarga si mati. Anda tahu, Altantuya. Tolong maafkan saya. Itu sahaja.”katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts