Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSisi gelap e-sukan: Atlet wanita lawan seksisme, ugutan rogol

    Sisi gelap e-sukan: Atlet wanita lawan seksisme, ugutan rogol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada 6 Ogos 2022, atlet e-sukan Malaysia, Bette Chia dan rakan sepasukannya dari Grills Gaming memenangi pingat emas kategori wanita pada acara Dota 2 di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

    Setahun kemudian, di bawah Team Malaysia, mereka meraih kemenangan acara Dota 2 kategori wanita pada Global Esports Games yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi.

    Bagi mengasah kemahiran seseorang dalam acara permainan yang kompleks seperti Dota 2, menyelaras dan berkomunikasi dengan mikrofon paling efektif. Tetapi Chia ralat untuk menggunakan perbualan suara (voice chat) kerana bimbang akan mendedahkan jantinanya.

    Ini kerana dia menjadi sasaran hinaan dan mendapat ancaman termasuk ancaman keganasan seksual. Bermula dari disuruh “duduk di dapur saja” hinggalah “aku akan rogol kau dalam dunia sebenar”.

    Chia yang menggunakan nama samaran ā€œistarxā€ dalam dunia permainan video memberitahu Malaysiakini bahawa dia mengurangkan penggunaan perbualan suara dan mengelak dari menggunakan avatar atau watak imej dalam permainan yang menampilkan perwatakan ‘feminin’ untuk mengelak sebarang masalah.

    “Kalau anda buka mikrofon atau menggunakan foto peribadi sebagai gambar profil ataupun melakukan banyak perkara bertema wanita, maka mereka akan berfikir begitu (bahawa anda seorang wanita).

    “Tapi kini, profil saya tidak lagi begitu. Mungkin dulu ketika saya masih budak, ia sangat berkonsepkan wanita. Saya meletak gambar profil,” tambahnya.

    Pengalaman Chia bukan kes terpencil

    Menurut satu kajian pada 2014, pemain wanita yang menggunakan mikrofon menerima komen negatif secara purata tiga kali ganda lebih berbanding pemain lelaki atau pemain yang tidak menggunakan perbualan suara.

    Chia berkata rakan sepasukannya memilih untuk tidak menggunakan perbualan suara ketika sesi permainan biasa dengan orang asing jika tidak bermain dalam mana-mana kejohanan.

    “Jadi, biasanya orang akan memberitahu anda seperti ini, ‘jika tidak mahu masalah seperti ini, anda tidak perlu bercakap.’

    ALSO READ:  Isu Palestin, peranan M'sia tumpuan Dewan Rakyat minggu ini

    “Tetapi saya fikir itu tidak sepatutnya berlaku. Ia seperti orang kata ‘gadis ini berpakaian dengan cara tertentu dan meminta untuk dirogol’,” tambahnya.

    Ketika kejohanan, Chia berkata dia tidak pernah mengalami diskriminasi dan tidak perlu mendedahkan jantinanya ketika proses pendaftaran.

    Mengakui bahawa dia kurang kemahiran untuk menjadi seorang profesional, Chia percaya bahawa menjadi seorang wanita dalam pasukan yang terdiri daripada majoriti lelaki atau bahkan pasukan campuran jantina akan menjadi satu cabaran.

    “Katakanlah jika ada lelaki dan wanita, kedua-duanya sama bagus. Apabila pasukan itu ahlinya semua wanita (hendak merekrut pemain lain), siapa yang akan mereka cari? Sudah tentu mereka tidak akan memilih pemain wanita.

    “Kerana terdapat banyak faktor. Mereka akan kata ‘ia lebih mudah untuk kami berkomunikasi dengannya atau kami tidak perlu fikir terlalu banyak tentang perasaan’ dan perkara-perkara seperti itu.

    “Mereka mempunyai mentaliti yang tidak mahu ada ahli wanita dalam pasukan mereka. Kebanyakannya juga berfikir pemain wanita tidak cukup bagus. Inilah lumrahnya,” tambahnya lagi.

    Chia berperananan sebagai “carry” (perananan yang memperoleh kekuatan serangan terbesar dengan berjalannya permainan) dalam ā€œGrills Gaming”- nama dari ejaan perkataan “Girl” yang sengaja disalah eja, lazim disebut di kalangan pemain lelaki, selalunya apabila terdapat pemain wanita dalam pasukan mereka.

    Walaupun terma ‘grill’ itu kadangkala dianggap sebagai seksis dan menghina, Chia dan rakan-rakannya meraikan istilah tersebut untuk mencabar pandangan stereotaip.

    “Ketika kami sedang memikirkan nama dan adik lelaki saya mencadangkan ‘Kenapa tidak grills?’ Dahulu orang selalu mengejek kami dan berkata, ‘Adakah kamu seorang grill?'” katanya, sambil menambah bahawa adik lelakinya yang memperkenalkan dunia permainan Dota kepadanya ketika dia masih di sekolah menengah.

    Dota 2 adalah sekuel kepada siri permainan Defense of the Ancients (Dota) merupakan permainan arena pertempuran berbilang pemain (MOBA) yang dibangunkan syarikat permainan video Amerika, Valve, dan menampilkan pertandingan profesional di seluruh dunia.

    ALSO READ:  Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan

    Kejohanan terbesarnya adalah The International yang dianjur secara tahunan oleh Valve dengan menawarkan hadiah terkumpul paling tinggi pernah direkodkan.

    Bagaimanapun, menurut laporan BBC pada Sep 2021, tidak ada seorang pun pemain wanita di kalangan 300 teratas pemain e-sukan yang berpendapatan tinggi. Dalam sejarah Dota 2, pemain wanita hanya mendapat 0.002% daripada jumlah keseluruhan hadiah wang tunai terkumpul.

    Seperti Chia, walaupun dia dan rakan sepasukan menang di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Kejuaraan Global Esports 2023 di Riyadh, kedua-dua kejohanan e-sukan ini tidak menawarkan sebarang hadiah wang tunai.

    Sebenarnya, e-sukan bukanlah acara rasmi di Sukan Komanwel Birmingham tetapi lebih kepada projek perintis, dan pingat-pingat tersebut tidak dimasukkan ke dalam jumlah pungutan pingat rasmi.

    Cabaran kewangan

    Chia, yang berasal dari Klang, Selangor, berharap kerajaan dapat memberikan beberapa elaun untuk dia dan rakan-rakan.

    Dia menjelaskan bahawa mereka tidak bergelar pemain e-sukan profesional tapi lebih kepada pemain kompetitif kerana mereka tidak bergantung kepada pendapatan daripada memenangi pertandingan untuk menyara hidup.

    “Kami mahu terus bermain bukan kerana wang tapi kerana cinta kepada permainan ini. Mendapat wang adalah seperti bonus tetapi dari semasa ke semasa, kami tidak dapat bertahan.

    “Seperti orang lain, kami juga perlu mencari pendapatan untuk hidup dan kami tidak dibayar untuk ini. Sangat susah untuk kami meneruskannya kerana kami perlu fikir, ‘Baik, apa yang kita kena lakukan untuk mendapatkan wangā€™,” katanya yang juga pencipta kandungan media sosial, yang membuat penstriman langsung permainan video di platform seperti Twitch bagi mendapatkan wang tambahan.

    Berkongsi pengalamannya dalam dunia penstriman langsung permainan video, Chia berkata berbanding penstrim lelaki, rakan wanitanya lebih banyak menerima kritikan penonton terhadap penampilan mereka.

    “Sebagai contoh, dalam kejohanan, mereka (penonton) tidak akan berkata dalam ruangan bual ‘Pemain ini berwajah sangat buruk’ jika melibatkan pemain lelaki.

    ALSO READ:  Kes bunuh: Tiga anggota polis diberkas di pejabat ESSCOM - Saksi

    “…Mereka mahukan anda (pemain wanita) mempunyai paras yang cantik, dan juga bagus dalam permainan,” tambahnya.

    Chia yang merupakan pemegang ijazah perniagaan daripada Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) berkata dia tidak boleh meneruskan pekerjaan tetap jika mahu maju dalam kerjaya pemain permainan video kompetitif.

    “Jika saya cuba untuk mengimbangi kerjaya dan cuba melakukan segalanya dengan separuh hati, saya tidak akan dapat mencapai matlamat saya dalam masa yang singkat.

    “Dan apabila tiba masanya, saya akan terlalu tua dan terpaksa mencari cara lain untuk mendapatkan wang. Saya tidak boleh bermain seperti ini lagi.

    “Jadi, saya cuba memberi tumpuan lebih kepada hanya satu,” tambahnya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts