Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSiti Kasim yakin bom bawah kereta dipasang ketika dia di mahkamah Kajang

    Siti Kasim yakin bom bawah kereta dipasang ketika dia di mahkamah Kajang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Peguam Siti Kasim mendakwa bom buatan sendiri yang ditemukan di bawah keretanya dipasang ketika dia berada di Kompleks Mahkamah Kajang bulan lalu. Dia mendedahkan perkara itu dalam satu video malam tadi, dan menyuarakan kekecewaannya dengan polis yang berkata siasatan yang dijalankan mereka menemui jalan buntu. Pada 21 Julai lalu, Siti Kasim menghantar keretanya ke sebuah pusat servis di Bangsar, Kuala Lumpur dan mekanik menemui objek meragukan di bawah keretanya. Polis kemudian mengesahkan ia sebagai bahan letupan termampat (IED) tetapi dalam keadaan tertutup. Semalam, bekas ketua polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain – yang kini bertugas di peringkat persekutuan – memberitahu media polis tidak dapat mengesan sebarang cap jari atau mana-mana suspek berdasarkan rakaman CCTV. Mengulas perkara itu, Siti Kasim berkata ada bukti kuat yang menunjukkan bom itu dipasang pada 7 Julai lalu. “CCTV dari kondominium saya (menunjukkan) ketika saya keluar, tiada apa-apa di bawah kereta. “Ketika saya pulang, botol itu tergantung di bawah kereta saya,” katanya sambil menambah dia ada salinan rakaman itu. Siti Kasim berkata pada hari itu dia ke tiga tempat – Kompleks Mahkamah Kajang, perhentian R&R dan kampung Orang Asli. Katanya, mustahil bom itu dipasang di kampung Orang Asli dan dia tidak fikir ia berlaku ketika di perhentian R&R. Maka dia percaya ia dipasang di tempat letak kereta mahkamah. “Mungkin ia dipasang ketika saya dalam mahkamah.” CCTV mahkamah tak berfungsi Bagaimanapun dia kecewa apabila mendapati kamera CCTV di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Kajang tidak berfungsi. “Saya tidak tahu betul atau tak, tapi saya diberitahu CCTV (di sana) tak berfungsi.” Katanya lagi, selagi CCTV itu tidak diperbaiki, dia tidak akan memandu ke mahkamah Kajang. Sementara itu, dia turut mengeluh bagaimana polis pada mulanya memberitahunya yang mereka akan membuat tangkapan tidak lama lagi, namun kini membayangkan sebaliknya. Dia menggesa siasatan lanjut berhubung perkara itu. Malaysiakini sedang mendapat maklum balas polis berkenaan perkara ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts