Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSiti Mastura memalukan pengundi Kepala Batas, kata Ngeh

    Siti Mastura memalukan pengundi Kepala Batas, kata Ngeh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Beruas berpendapat Siti Mastura Muhammad sudah memalukan para pengundinya di Kepala Batas apabila mendakwa bekas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, merupakan saudara kepada Chin Peng.

    Menurut Ngeh Koo Ham disebabkan itu ahli parlimen PAS berkenaan wajar berundur kerana melakukan kesalahan yang sangat besar berhubung dakwaan tersebut

    “Dia patut tahu apa yang perlu dilakukan.

    “Sebagai ahli parlimen, dia dipilih rakyat. Kalau rakyat rasa dia tak sesuai (mewakili mereka di Kepala Batas), mungkin suara rakyat boleh disampaikan kepada dia.

    “Dia juga memalukan pengundi di kawasan dia. Ini satu perkara yang amat besar… kesalahan yang amat besar,” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

    Semalam Guan Eng memberi tempoh 48 jam kepada Siti Mastura untuk membuktikan dakwaan yang dibuat kononnya ahli parlimen Bagan itu mempunyai hubungan keluarga dengan Chin Peng serta Lee Kuan Yew.

    Siti Mastura Muhammad

    Mendiang Chin Peng merupakan bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya, manakala Kuan Yew bekas perdana Menteri Singapura.

    Siti Mastura membuat dakwaan itu semasa terlibat dalam program PAS di Kemaman, Terengganu, dan rakaman video ucapan tersebut tular di media sosial.

    Turut dikaitkan dengan dakwaan itu ialah bapa Guan Eng, Lim Kit Siang.

    Kalahkan pemimpin Umno

    Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat itu juga mendakwa Guan Eng juga mempunyai hubungan keluarga dengan ramai pemimpin DAP lain termasuk setiausaha agung parti itu, Anthony Loke; naib pengerusi Nga Kor Ming dan Teresa Kok.

    Ngeh berkata dengan dakwaan sebegitu Siti Mastura, orang di Kepala Batas berasa malu kerana wakil rakyat mereka melakukan “pembohongan dan fitnah yang begitu jelas dan terang sekali”.

    ALSO READ:  Isu perumahan di lima ladang: K'jaan akan umum berita baik - Nga

    “Sekurang-kurangnya dia memohon maaf,” katanya.

    Pun begitu Ngeh menambah dia tidak boleh membuat keputusan bagi pihak Siti Mastura dan pada masa sama menghormati pengundi di Kepala Batas.

    “Nanti dia cakap saya tak menghormati pengundian dia pula,” katanya.

    Dalam PRU ke-15 pada Nov tahun lalu Siti Mastura memenangi kerusi Kepala Batas dengan mengetepikan penyandang, Reezal Merican Naina Merican dengan 2,867 undi.

    Reezal Merican mewakili kerusi berkenaan selama tiga penggal.

    Sebelum itu Kepala Batas diwakili Abdullah Ahmad Badawi.

    Sementara itu Kok berkata Siti Mastura patut bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan, khususnya dengan kedudukan sebagai ahli parlimen.

    Sebarang dakwaan yang mengelirukan, kata Kok, akan mempengaruhi orang ramai.

    Apabila seorang ahli parlimen berucap atau memberi ceramah, kata ahli parlimen Seputeh itu lagi, orang ramai akan menganggapnya benar.

    “Dia orang yang (ada latar belakang) pendidikan agama, ustazah juga, lagilahorang akan percaya apa yang dia cakap tu… tapi sebenarnya ia tidak benar sama sekali,” katanya.

    Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang turut hadir di sidang media sama pula membayangkan ada tindakan undang-undang akan diambil jika esok Siti Mastura gagal mengemukakan bukti seperti dikehendaki Guan Eng.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts