Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSituasi di Gaza membimbangkan, kekejaman mesti dihentikan - Zambry

    Situasi di Gaza membimbangkan, kekejaman mesti dihentikan – Zambry

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, justeru semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau berkata oleh itu Malaysia sedang bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan dengannya untuk mencapai gencatan senjata segera di Gaza.

    “Situasi yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Zambry kepada wartawan pada malam Selasa di New Delhi.

    “Semua negara perlu bersatu bagi menangani isu ini,” katanya sambil menekankan lebih 10,000 orang di Gaza terbunuh termasuk 4,000 kanak-kanak dan berpuluh-puluh wartawan termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam pengeboman Israel sejak 7 Okt.

    Israel telah mengepung Gaza dan menghalang semua bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan elektrik kepada 2.3 juta penduduknya.

    Tentera Israel telah mengebom sumber air, bot nelayan, hospital, sekolah, masjid dan memusnahkan keseluruhan blok kediaman, hingga membawa kepada tuduhan melakukan genosid pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

    “Tiada individu, pemimpin atau negara yang mempunyai hati nurani dan moral akan bertoleransi dengan kekejaman terhadap mereka yang tidak bersalah,” kata Zambry.

    Menteri luar Negeri itu berkata kekejaman yang mengerikan sedang berlaku “tanpa ada sifat perikemanusiaan.”

    “Ini tidak boleh diterima,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts