Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSkim gaji lebih adil, munasabah bagi penjawat awam akan disegerakan

    Skim gaji lebih adil, munasabah bagi penjawat awam akan disegerakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam akan disegerakan.

    Beliau berkata skim itu tidak dapat dilaksanakan Kerajaan Perpaduan tahun lepas disebabkan kedudukan kewangan negara ketika itu, selain mewarisi hutang yang tinggi.

    “Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, dan saudara harus percaya.

    “Kita tidak menyegerakannya pada tahun lepas kerana kita mewarisi kedudukan kewangan dan hutang negara ketika itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan.

    Anwar berkata demikian ketika berucap melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia di Putrajaya hari ini.

    Pada 14 Julai lepas kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

    Susulan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) diadakan pada 7 Ogos lepas bagi membincangkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts