Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSKMM ada SOP siasatan, pastikan tiada kebocoran data - Teo

    SKMM ada SOP siasatan, pastikan tiada kebocoran data – Teo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) siasatan bagi mengelakkan kebocoran data sepanjang tempoh siasatan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

    Beliau berkata sejak 2019 hingga tahun ini, SKMM telah mengambil sejumlah 220 tablet, komputer riba dan telefon bimbit untuk tujuan siasatan.

    “Kebiasaannya perananti tersebut akan dipulang balik kepada pihak berkenaan dalam tempoh tiga hingga empat bulan kalau tidak ada pertuduhan dibuat di mahkamah tetapi kalau pertuduhan dibuat, perananti tersebut perlu dibawa ke mahkamah.

    “Itu merupakan SOP di bawah SKMM untuk memastikan perananti-perananti yang disita untuk siasatan SKMM, kami ada satu SOP diikuti oleh semua pegawai untuk pastikan tiada kebocoran data,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah kementerian untuk membendung sebarang kebocoran maklumat dalam proses siasatan agensi atau badan penguat kuasa sekali gus menjamin ketelusan dan integriti agensi berkenaan.

    Teo berkata pemeriksaan terhadap individu yang disiasat di bawah mana-mana kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh dibuat pegawai yang diberi kuasa oleh SKMM menggunakan waran geledah dari Mahkamah berdasarkan Seksyen 247 Akta 588.

    Hanya inspektor boleh semak tel bimbit

    “Semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai diberi kuasa oleh SKMM atau pegawai polis berkenaan mempunyai kuasa untuk mendapatkan capaian kepada data berkomputer sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 249 dan Seksyen 254 Akta 588, katanya.

    Beliau menjawab soalan asal Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai keperluan meminda undang-undang termasuk Seksyen 233 Akta 588 agar hanya anggota polis berpangkat Inspektor dan ke atas dibenar menyemak telefon bimbit orang awam sebagai langkah menjaga hak privasi dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa polis.

    Teo berkata kesemua proses siasatan ini dijalankan secara telus dan menyeluruh merangkumi semua aspek bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan seadilnya.

    ALSO READ:  Thomas Fann lepas jawatan pengerusi Bersih

    Menjawab soalan tambahan Lim mengenai keputusan meletakkan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bukannya Kementerian Komunikasi dan Digital, Teo berkata buat masa ini Kerajaan Perpaduan berpendirian JKOM kekal di bawah JPM.

    Beliau berkata keputusan untuk meletakkan jabatan itu di bawah JPM dibuat semasa kerajaan ditadbir bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Teo berkata pemindahan bidang kuasa bagi jabatan itu pada masa hadapan bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts