Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSKMM ambil keterangan Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

    SKMM ambil keterangan Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam percakapan tiga pemilik akaun media sosial bagi membantu siasatan satu kes yang dipercayai melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

    Dalam kenyataan hari ini, SKMM memaklumkan rakaman percakapan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dibuat di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor.

    Menurut SKMM, rakaman percakapan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo pula dilakukan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.

    “Penyebaran kandungan tidak benar dengan niat mengganggu pihak lain melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

    “Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” menurut kenyataan itu.

    SKMM turut memaklumkan pegawai penyiasat telah menyita telefon bimbit milik ketiga-tiga individu terbabit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Sehubungan dengan itu, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts