Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSKMM: Tindakan demi keharmonian masyarakat

    SKMM: Tindakan demi keharmonian masyarakat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempertahankan tindakan mereka terhadap penerbitan mana-mana kandungan menyiarkan kandungan tidak tepat dan mengelirukan. SKMM berkata badan itu bertindak berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara.

    “Salah satu tanggungjawab perundangan utama SKMM adalah memastikan platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang pelakuan atau percubaan melakukan pelanggaran di bawah undang-undang bertulis Malaysia, ini termasuklah tindakan menyebarkan berita palsu, kandungan yang jelik dan berunsur fitnah.

    “Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam penerbitan berita yang kurang bertanggungjawab, kurang peka dan kurang tepat. Terdapat organisasi media yang telah menerbitkan kandungan yang tidak tepat dan mengelirukan.

    Beberapa organisasi media didapati tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang mengelirukan atau dengan sengaja menyiarkan kandungan kurang tepat,” kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat (SKMM) hari ini.

    Terdahulu, sekumpulan veteran dalam bidang kewartawanan membantah tindakan SKMM mutakhir ini yang didakwa bertindak sebagai ‘abang besar’.

    “Kami sama sekali tidak bersetuju dengan yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai ‘abang besar’ dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan (berita) dalam talian.

    “Kami bimbang sejak akhir-akhir ini pengamal media telah dipanggil oleh SKMM untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang mereka bawa menerusi portal berita dan laman dalam talian mereka.

    “Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan,” katanya mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

    Kumpulan itu terdiri daripada bekas pengerusi Media Prima, Johan Jaaffar; tokoh wartawan, A Kadir Jasin; pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hussamuddin Yaacob; bekas pengurus besar Bernama, Azman Ujang; Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Chamil Wariya; bekas ketua pengarang Bernama, Yong Soo Heong dan Zakaria Wahab dan bekas pengarang yang kini penganalisis politik, G Manimaran.

    ALSO READ:  Hamas, Israel setuju gencatan senjata sementara

    Mereka tidak menyatakan kes khusus yang dirujuk.

    Bagaimanapun ia dipercayai merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti sekatan terhadap portal Malaysianow, TV Pertiwi, UtusanTV serta siasatan terhadap TV Alhijrah yang mengulang siar rancangan melibatkan bekas Menteri agama Idris Ahmad.

    Dalam pada itu, SKMM berkata pihaknya harus menyekat kandungan mengelirukan ataupun tidak tepat bagi memastikan keharmonian masyarakat.

    “Apabila tumpuan diberi kepada kandungan media yang dijana sendiri pengguna menarik perhatian, etika kewartawanan kini seolah-olah dipandang enteng dan adalah amat mencabar untuk membezakan kandungan yang berlandaskan fakta atau sebaliknya.

    “Senario ini memberi ancaman kepada keharmonian masyarakat memandangkan maklumat yang mengelirukan disebar dengan mudah dan menimbulkan naratif yang kurang tepat,” kenyataan itu lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts